Penerokaan Urban 🏚️🏬 | Banglo Suram Dihuni Makhluk Terbang | Wolve Logan
Автор: Wolve Logan
Загружено: 2025-04-09
Просмотров: 867
Описание:
Tidak Jauh daripada banglo 🏡 yang kami kunjungi pada minggu yang lalu, berdirinya satu lagi rumah pEnginapan dengan reka bentuk binaan yang sama.
Juga dibina pada 1925 oLeh pihak JKR Negeri-Negeri MelAyu Bersekutu sebagaI banglo penginapan bagi kakitangan kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ketika itu.
Walaupun begitu, kami dapati keadaan rumah ini jauh lebih teruk berbanding jirannya itu. Pada amatan saya, berkemungkinan banglo usang ini jauh lebih lama dibiarkan kosong - mungkin sudah belasan tahun atau mungkin juga 20 tahun. Selain keadaan sekelilingnya yang bersemak, permukaan dindingnya turut mempamerkan keusangannya dengan lapisan Cat yang sudah pudar, binaan yang mereput & juga kotoran daripada najis haiwan, khususnya haiwan bersayap seperti keLawar & burung.
KetIka tiba di perkarangan banglo ini, kami tercari-cari pintu masuk utama, namun gagal kerana laluannya yang bersemak. Setelah berjaya menjumpai pintu masuk, saya tidak terus memulakan rakaman kerana ingin membuat sedikit tinjauan terlebih dahulu. Saya berasa teragak-agak oleh sebab suasana di dalamnya yang malap, suram & juga kotor, sebelum kami disapa oleh beberapa ekor (mungkin 10 ekor atau lebih) haiwan yang berterbangan di dalam rumah. Saya sangkakan kelawar tetapi bentuk & caranya terbang agak berbeza. Bukanlah kelawar 🦇 tetapi burung walit 🐦⬛. Beberapa ketika kemudian sedikit demi sedikit haiwan bersayap itu meninggalkan kami. Mujur kami tidak diserang seperi kru Dpanahon Explorer ketika melawat rumah yang sama. Syukur 🤲🏻.
Minta maaF atas segala kekurangan. Video dirakam & disunting menerusi teleFOn AndRoiD yang tidak seberapa.
Terima kasih kerana sudi menonton.
Sekadar perkongsian.
Kru Wolve Logan Urbex:
Rakaman - Wolve Logan
Pendamping - Manic
Pengangkutan - Manic
Suntingan - Wolve Logan
Music by
Karl Casey @ White Bat Audio
LIKE | COMMENT | SHARE | SUBSCRIBE
I Took A Stroll Down Memory Lane Today, Not To Be Saddened By The People That I Have Loss, But To Be Grateful For The Memories That I Shared With Them.
💪🏼👹🏚️💪🏼
#urbanexploration #malaysianurbanexploration #malaysianurbex #serembanurbanexploration #urbex #penerokaanurban #abandonedbuildings #abandonedhouse #oldbuilding
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: