Penerokaan Urban 🏚️🏬 | Rumah Besar Sri Landak 2 | Wolve Logan
Автор: Wolve Logan
Загружено: 2025-06-06
Просмотров: 259
Описание:
Pada tahun 2022 saya & Manic pernah singgah ke sini namun malang menimpa apabila rakaman tersebut tidak mempunyai bunyian 🔇 melainkan bunyian desiran atau getaran sayup yang terakam. Apa yang ganjil adalah, audio hanya muncul 🔊 dalam rakaman penutup sebelum melangkah keluar dari kawasan rumah besar ini. Rakaman pertama adalah satu rakaman panjang sejak kami masuk ke perkarangan sehinggalah sebelum kami melangkah keluar, tanpa sebarang potongan. Perkara aneh ini tentulah disedari semasa suntingan.
Bukan itu sahaja, semasa suntingan saya juga menemui satu kejadian aneh semasa kami baru sahaja masuk ke dalam perut rumah. Ketika itu Manic terus ke tingkat atas, manakala saya pula merakam di bawah. Apa bendanya tu? Kau tengoklah, tak akanlah itu pun aku nak kena suap satu-satu.
Segala yang disebut ini hanyalah pengalaman semasa merakam di rumah besar yang dikatakan telah ditinggalkam sejak 1990-an yang cantik ini.
Anda boleh menonton rakaman yang lama (2022) rumah ini jika anda tidak kisah akan bunyian getaran atau desiran di sepanjang video tersebut. Jika anda malas, anda boleh kekal menonton video ini. Oh, ironinya video lama tersebut dikeluarkan ketika saya sekeluarga hendak ke Ipoh atas urusan keluarga & video ini pula dipertontonkan pada malam Raya Iduladha sebelum kami ke Ipoh 🤔
SALAM IDULADHA buat umat Islam semua
🕌🎆🎇🕌
Minta maaf atas segala kekurangan. Video dirakam & disunting menerusi telefon Android yang tidak seberapa.
Terima kasih kerana sudi menonton.
Sekadar perkongsian.
Kru Wolve Logan Urbex:
Rakaman - Wolve Logan
Pendamping - Wan Jwx
Pengangkutan - Persendirian
Suntingan - Wolve Logan
Music by
Karl Casey @ White Bat Audio
LIKE | COMMENT | SHARE | SUBSCRIBE
I Took A Stroll Down Memory Lane Today, Not To Be Saddened By The People That I Have Loss, But To Be Grateful For The Memories That I Shared With Them.
💪🏼👹🏚️💪🏼
#urbanexploration #malaysianurbanexploration #malaysianurbex #serembanurbanexploration #urbex #penerokaanurban #abandonedbuildings #abandonedhouse #oldbuilding
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: