Penerokaan Malam 🏚️🌕 | Banglo Kenamaan 2 | Wolve Logan
Автор: Wolve Logan
Загружено: 2025-12-06
Просмотров: 85
Описание:
🤲🏼 Sama-sama kita mendoakan keselamatan & kesejahteraan penduduk yang terjejas akibat banjir yang berpunca daripada hujan lebat 🌧️ yang berpanjangan terutamanya di utara, pantai timur & juga Selangor serta ibu negara Kuala Lumpur. Agar kita semua dipelihara ALLAH daripada bahaya & mudarat. Amin ya rabbal alamin🙏🏻🤲🏼
*Ralat:
Dalam video ini ada saya menyebut akan wayar yang dicuri. Wayar tembaga atau 'copper'. Juga dipanggil kuprum. Saya tersalah memanggilnya sebagai 'plumbum'. Bebal.
Pada tahun yang lalu ketika saya bersama Manic & Wan Jwx, rumah ini sudah pun dalam keadaan yang agak teruk. Itu dulu. Sekarang lagilah teruk. Habuk ada di mana-mana, menyesakkan lubang najis...bukan, lubang pernafasan.
Kedua-dua Aizat & Akmal masih lagi merasa kurang selesa & pening kepala. Juga saya terpaksa 'menegur' 👿 apabila saya diusik atau disentuh untuk kali kedua di sini sejak rakaman yang lalu. Saya sangkakan semut 🐜 ataupun peluh💧yang mengalir tetapi apabila diseka, tengkuk saya kering walaupun sebahagian besar bahagian tubuh saya dibasahi peluh dek cuaca yang lembap & panas membahang.
Sepanjang rakaman kami terasa diperhatikan. Wallahua'lam.
Minta maaf atas segala kekurangan. Video dirakam & disunting menerusi telefon Android yang tidak seberapa.
Terima kasih kerana sudi menonton.
Sekadar perkongsian.
Kru Wolve Logan Urbex:
Rakaman - Wolve Logan (kamera ihsan: Wan Jwx)
Pendamping Jemputan - Akmal & Aizat
Pengangkutan - Akmal
Suntingan - Wolve Logan
Music by
Karl Casey @ White Bat Audio
LIKE | COMMENT | SHARE | SUBSCRIBE
I Took A Stroll Down Memory Lane Today, Not To Be Saddened By The People That I Have Loss, But To Be Grateful For The Memories That I Shared With Them.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: