1 MALAYSIA 'MARAH' HARGA MINYAK NAIK, BIMBANG KOS SARA HIDUP MENINGKAT
Автор: Waniey Channel
Загружено: 2026-03-12
Просмотров: 5433
Описание:
1 MALAYSIA 'MARAH' HARGA MINYAK NAIK, BIMBANG KOS SARA HIDUP MENINGKAT
Konflik perang di Asia Barat mula memberikan kesan kepada bahan api di Malaysia selepas kerajaan mengumumkan lonjakan kenaikan harga pam RON95 dan RON97 masing-masing sebanyak 60 sen, manakala diesel di Semenanjung dinaikkan 80 sen seliter.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, walaupun harga bahan api akan diselaraskan bagi mencerminkan pergerakan harga minyak di pasaran global, kerajaan akan terus menanggung sebahagian subsidi bagi meredakan kesan kenaikan harga pasaran kepada rakyat.
Menurutnya, meskipun harga pam petrol RON95 dan diesel meningkat, harga RON95 di bawah inisiatif BUDI95 kekal RM1.99 seliter, manakala penerima bantuan tunai Budi Diesel dinaikkan kepada RM300 sebulan bagi tempoh interim.
Jelasnya, Kerajaan Madani akan terus melindungi rakyat Malaysia melalui inisiatif subsidi bersasar Budi Madani serta bantuan tunai tambahan, tatkala pasaran minyak global terus berdepan ketidaktentuan.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: