RM1 NASI LEMAK?! BAZAR RAMADHAN NEGERI SEMBILAN INI BUAT KAMI TERKEJUT 🇲🇾
Автор: Blusukan Kuliner
Загружено: 2026-03-12
Просмотров: 32476
Описание:
Kami sengaja keluar dari Kuala Lumpur untuk melihat sendiri bagaimana suasana bazar Ramadhan di Negeri Sembilan. Dari KL kami naik train ETS menuju Negeri Sembilan, kerana penasaran ingin melihat bazar Ramadhan di luar Kuala Lumpur dan Selangor.
Setibanya di stesen train, kami dijemput oleh kawan Malaysia kami, Abang Don. Beliau yang kemudian membawa kami ke Bazar Ramadhan yang ada di Metro Park Sri Sendayan. Ini juga jadi pengalaman baru bagi kami, kerana pertama kali datang ke bazar Ramadhan di kawasan Negeri Sembilan.
Suasana bazarnya memang tidak terlalu sesak seperti di Kuala Lumpur, tapi pilihan makanannya tetap menarik. Kami jumpa macam-macam makanan seperti satar, sosis cheese, air mojito, sopang, paru balado, dan juga masak lemak telur itik yang akhirnya jadi salah satu favorit kami.
Yang paling buat kami terkejut adalah nasi lemak mini yang dijual hanya RM1. Walaupun kecil, rasanya tetap sedap dan ramai orang beli di gerai itu.
Di video ini kami jalan-jalan melihat suasana bazar, membeli beberapa makanan yang menarik perhatian, lalu mencuba dan berkongsi pendapat jujur kami tentang rasanya.
Terima kasih kepada Abang Don yang sudah membawa kami melihat sendiri suasana bazar Ramadhan di Negeri Sembilan.
Bagi yang pernah datang ke bazar ini, makanan apa yang biasanya jadi pilihan kalian?
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: