ycliper

Популярное

Музыка Кино и Анимация Автомобили Животные Спорт Путешествия Игры Юмор

Интересные видео

2025 Сериалы Трейлеры Новости Как сделать Видеоуроки Diy своими руками

Топ запросов

смотреть а4 schoolboy runaway турецкий сериал смотреть мультфильмы эдисон
Скачать

GRANITE WORKTOP

Автор: Uncle Andrew

Загружено: 2021-07-02

Просмотров: 10363

Описание: Granite Worktop ada pilihan yang popular di Malaysia.Worktop merupakan permukaan kabinet dapur bahagian bawah. Ketahanan worktop memainkan peranan yang sangat penting bagi setiap kabinet dapur kerana hampir semua kerja-kerja dapur serta penyediaan makanan dilakukan di atas worktop.

Granite Stone adalah sejenis batu semula jadi yang dilombong dari quari dan mengandungi 60% quartz, feldspar, mika dan besi.

Granite worktop sangat sesuai bagi tuan rumah yang sukakan batu semula jadi kerana granite mempunyai bentuk urat, warna ,corak yang unik dan tersendiri.

Granite boleh dijumpai dalam pelbagai warna seperti putih, hitam, biru, merah, hijau dan banyak lagi. Kita tidak akan jumpa dua kepingan granite yang mempunyai ciri yang sama. Komposisi granite juga berlainan diseluruh dunia.

Mempunyai densiti yang tinggi, menjadikan granite worktop sesuai untuk kegunaan lasak didapur. Worktop granite mempunyai ketebalan 18mm -20mm dan boleh mencecah berat 10kg /kaki. Kepadatan yang tinggi pada granite, merupakan sebab utama ia jauh berat jika dibandingkan dengan material lain. Proses melombong, pengangkutan dan cara handling menelan kos yan tinggi. Sekaligus, menyebabkan ia jauh mahal jika dibandingkan dengan material lain. Kemahiran tukang pasang yang profesional juga sangat penting semasa pemasangan granite worktop.

Granite mempunyai keistimewaan yang tersendiri iaitu ketahanan terhadap haba dan element dapur yang lain.

Anda tidak perlu risau lagi jika hendak meletakkan kuali yang panas keatas permukaan granite worktop tanpa menggunakan pelapik, kerana ia tidak akan merosakan permukaan granite anda yang cantik.

Granite bukan seperti Quartz worktops, yang bergantung kepada polymer resin untuk ikatan. Sebab itu, granite boleh menahan suhu yang tinggi sehingga 425 darjah celsius. Dan untuk pengetahuan anda, ia masih berada didalam "safe working temperature". Walaupun, berada pada suhu yang tinggi. Permukaan granite tidak mengalami masalah pudar atau meninggalkan kesan terbakar.

Granite yang dipasang berhampiran tingkap serta sentiasa terdedah kepada cahaya matahari, tidak akan pudar warnanya dan ia sentisa kelihatan cantik. Tak macam quartz yang akan pudar jika selalu terdedah kepada cahaya matahari.
Granite adalah batu semula jadi, kerana ia tidak mengandungi polymer resin. Ia boleh dipolished sehingga berkilat seperti cermin muka. Jika anda sukakan permukaan glossy, granite adalah pilihan yang tepat.

Ketahanan granite terhadap asid juga tinggi. Bahan berasid yang sering kita jumpa didapur seperti cuka, jus oren, jus limau tidak memberikan kesan "Acid Etching" seperti marble. Ini kerana, granite hampir atau tidak mempunyai kandungan calcite didalamnya.

Granite mempunyai kekerasan yang berlainan. Ia bergantung kepada kepadatannya yang tersendiri Walaubagaimanapun, kebanyakan granite adalah sangat keras jika dibandingkan dengan laminated worktop.

Sifat granite yang keras mebuatkan ini tidak mudah sumbing (chip off). Tetapi, tidak bermakna ia tidak pecah. Ia bergantung pada cara penggunaan kita. Jika kita pakai terlalu kasar atau ketuk pakai tukul, semestinya ia akan rosak.

Batu semulajadi ini datang sekali dengan liang pori dan kapilari yang kecil. Walaupun granite keras dan mempunyai densiti yang tinggi, sesetengah gred granite mungkin lebih berpori berbanding yang lain. Sifatnya yang berpori membolehkan cecair atau bahan kimia meresap masuk ke dalam worktop dan meyebabkan pembiakan bakteria dan virus.

Semasa cecair meresap ke bahagian dalam granite, warna kawasan yang terdapat cecair itu akan kelihatan lebih gelap dan berkelompok. Kita tidak perlu risau, sebab warnanya akan pulih seperti biasa selepas cecair tadi kering. Tetapi, jika kesan kotoran berwarna yang degil seperti kunyit. Berkemungkinan besar ia akan meningalkan kesan kotoran yang kekal.

Lapisan resin based sealant sering disapu pada permukaan granite bagi meningkatkan ketahanannya terhadap kotoran. Sealant ini akan menutup liang pori ataupun kapilari kecil yang terdapat pada granite. Langkah ini boleh menghalang kesan kotoran daripada granite kita yang cantik dan memastikan kecantikan aslinya sentiasa kelihatan. Terutama pada granite yang bewarna cerah.

Jika kita mahukan granite lebih tahan pada kesan kotoran, selain daripada menyapu sealant pastikan kita bersihkan kotoran yang terdapat pada permukaan grabnite dalam masa terdekat.

Nasihat uncle Andrew, tidak kira jenis worktops apa yang kita pilih, kita perlu jaga dengan baik. Sebagai contoh, gunakan cutting board semasa memotong supaya permukaan worktop kita tidak terkena peralatan yang tajam. Granite worktop memang sangat lasak, jika kita memotong sesuatu terus diatas worktop, permukaan worktop mungkin tidak akan rosak tetapi pisau yg kita gunakan berkemungkinan akan menjadi tumpul. Kesimpulannya, walaupun granite sangat tahan lasak, kita masih perlu gunakan dengan cermat.

Не удается загрузить Youtube-плеер. Проверьте блокировку Youtube в вашей сети.
Повторяем попытку...
GRANITE WORKTOP

Поделиться в:

Доступные форматы для скачивания:

Скачать видео

  • Информация по загрузке:

Скачать аудио

Похожие видео

Porcelain Slab

Porcelain Slab

PEMBUNUH SENYAP DALAM RUMAH FORMALDEHID

PEMBUNUH SENYAP DALAM RUMAH FORMALDEHID

Знаменитости, УМЕРШИЕ в 2025 году

Знаменитости, УМЕРШИЕ в 2025 году

LANTAI SPC BERMASALAH BETUL KE?

LANTAI SPC BERMASALAH BETUL KE?

Trend Terkini Aksesori Kabinet Dapur

Trend Terkini Aksesori Kabinet Dapur

Столешницы из гранита и кварца

Столешницы из гранита и кварца

Best Whiskey Blues Songs | Melodies for Evening Chill

Best Whiskey Blues Songs | Melodies for Evening Chill

Серебро по $71 — это ГЛУБОКИЙ НАРКОЗ, который уничтожит ваш КАПИТАЛ | Уоррен Баффет

Серебро по $71 — это ГЛУБОКИЙ НАРКОЗ, который уничтожит ваш КАПИТАЛ | Уоррен Баффет

Они унизили уборщика — и поплатились за это | Розыгрыш в спортзале от Анатолия № 57

Они унизили уборщика — и поплатились за это | Розыгрыш в спортзале от Анатолия № 57

7 LANGKAH BINA KABINET DAPUR

7 LANGKAH BINA KABINET DAPUR

Ruining a £12500 Victorian hallway floor and then

Ruining a £12500 Victorian hallway floor and then "FIxing" it

ДОМ и строения из ЭППС после УРАГАНА!

ДОМ и строения из ЭППС после УРАГАНА!

Почему Азовское море — самое опасное в мире

Почему Азовское море — самое опасное в мире

Granite vs Quartz Countertops | Everything you need to know!

Granite vs Quartz Countertops | Everything you need to know!

APA PERBEZAAN LAMINATE, VINYL FLOORING YANG MANA SATU LEBIH SESUAI

APA PERBEZAAN LAMINATE, VINYL FLOORING YANG MANA SATU LEBIH SESUAI

Machining & Install Kitchen Table With Quartz Stone - Complete Kitchen Luxury

Machining & Install Kitchen Table With Quartz Stone - Complete Kitchen Luxury

Proses pemolesan granit, hasil kilap dan permanen

Proses pemolesan granit, hasil kilap dan permanen

Как «китайская печь-кан» под нарами одного первопроходца сберегла 60% дров, держа его в тепле во сне

Как «китайская печь-кан» под нарами одного первопроходца сберегла 60% дров, держа его в тепле во сне

Soulful R&B Vibes 💖 Smooth Love Songs & Emotional Chill Mix for the Heart

Soulful R&B Vibes 💖 Smooth Love Songs & Emotional Chill Mix for the Heart

Ralph Lauren Inspired Christmas TV Art Screensaver | Gold Picture Frame Moody Winter Holiday Art- 4K

Ralph Lauren Inspired Christmas TV Art Screensaver | Gold Picture Frame Moody Winter Holiday Art- 4K

© 2025 ycliper. Все права защищены.



  • Контакты
  • О нас
  • Политика конфиденциальности



Контакты для правообладателей: [email protected]