PEMBUNUH SENYAP DALAM RUMAH FORMALDEHID
Автор: Uncle Andrew
Загружено: 2022-10-31
Просмотров: 17397
Описание:
Sumber utama formaldehid adalah daripada produk yang berasaskan kayu. Baru-baru ini, Malaysia’s Timber Industry Board (MTIB) telah menerbitkan draf peraturan teknikal yang menggariskan cara pengeluar boleh mengukur pelepasan formaldehid daripada produk berasaskan kayu industri, seperti papan gentian, papan partikel dan papan lapis (plywood).
Standard yang dibangunkan ini akan menjadi rujukan serta keperluan yang perlu dipatuhi oleh syarikat produk panel di Malaysia dalam memenuhi kriteria yang ditetapkan selari dengan Peraturan-peraturan Perindustrian Kayu (Tahap Pembebasan Formaldehid daripada Produk Berasaskan Panel) yang akan dikuatkuasakan pada tahun 2023.
Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dan Agensi Alam Sekitar AS (EPA) telah mengklasifikasikan formaldehid berbahaya dan menjadi sumber karsinogen atau kanser kepada manusia jika mendapat pendedahan yang tinggi dan berpanjangan.
Apa itu formaldehid?
Formaldehid ialah gas yang tidak berwarna, mudah terbakar dan mempunyai bau yang kuat. Ia merupakan salah satu bahan kimia berbahaya dan ada dimana-mana sahaja. Bukan sahaja pada produk pembersihan dan penjagaan diri, malah ianya juga sering digunakan dalam pembuatan perabot dan produk kayu. Urea formaldehid (UF) biasanya digunakan sebagai pelekat atau pengikat dalam pembuatan produk kayu.
Pelepasan formaldehid ditentukan oleh Standard Industri Jepun (JIS, 2005) dengan 4 kelas klasifikasi formaldehid iaitu F1 (5.0-7.0 mg / L), F2 (1.5-2.1 mg / L), F3 (0.5-0.7 mg / L) dan F4 (0.3-0.4 mg / L). Had pelepasan kelas F1, F2 dan F3 lebih kurang sama dengan kelas E2, E1 dan E0 Eropah. Manakala, had pelepasan F4 sama dengan kelas Super E0. Jenis panel berasakan kayu biasanya diuji menggunakan kaedah yang berbeza mengikut negara.
International Agency for Research on Cancer (IARC) menetapkan bahawa fomaldehid tidak dapat dikesan melalui bau pada kepekatan kurang daripada 0.1ppm. Pada kepekatan antara 0.1ppm dan 0.5ppm, fomaldehid dapat dikesan dengan bau. Bagi sesetengah individu yang sensitif, mereka akan mengalami ketidakselesaan pada mata, hidung dan tekak. Pada tahap 0.5 hingga 1.0ppm, akan menyebabkan rasa tidak selesa pada mata, hidung dan tekak pada kebanyakan orang. Manakala pada kepekatan melebihi 1.0 ppm, pendedahan kepada formaldehid meyebakan ketidakselesaan yang melampau. Tahap pendedahan yang tinggi dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan risiko kanser hidung dan tekak.
Kesan kesihatan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tetapi terdapat golongan yang lebih mudah terdedah kepada kesan negatif formaldehid, iaitu kanak-kanak, ibu mengandung atau golongan yang mempunyai asma dan ganguan pernafasan yang lain.
Kepekatan gas formaldehid pada ketinggian 1 meter dari lantai adalah lebih tinggi. Oleh itu, kanak-kanak akan lebih banyak sedut gas tersebut kerana ketinggian mereka. Sebagai contoh, apabila terdedah pada formaldehid, kanak-kanak lebih berisiko tinggi untuk mendapat penyakit pernafasan seperti asma. Mereka juga lebih berisiko mengalami masalah pernafasan yang teruk seperti bronchitis dan radang paru-paru kerana sistem imunisasi mereka tidak sekuat orang dewasa.
Bagaimana cara untuk menurukan level formaldehid?
Pertama, kerana sumber utama formaldehid di dalam rumah biasanya dari bahan binaan, pastikan produk kayu di rumah anda tidak diproses menggunakan kandungan formaldehid yang tinggi. Apabila anda ingin membina, mengubah suai rumah, atau membeli perabot kayu untuk rumah anda, pastikan anda memilih gred papan buatan yang betul.
Pilih perabot dengan label pelepasan gas formaldehid rendah iaitu:
1. California Air Resources Board (CARB) Phase 2 Compliant
2. Ultra-low-emitting formaldehyde (ULEF)
3. No-added formaldehyde (NAF)
4. Super E0 Board, E0 atau E1 Board
Jika perabot yang diperbuat daripada kayu komposit mengandungi formaldehid adalah satu-satunya pilihan yang ada, anda boleh pertimbangkan untuk mencari barang terpakai, kerana pembebasan gas formaldehid daripada kayu komposit berkurangan dari semasa ke semasa.
Kedua, tahap formaldehid di dalam rumah lebih tinggi berbanding luar rumah. Jadi anda boleh mengurangkan tahap formaldehid dengan memastikan proses pengudaraan di rumah anda berjalan dengan lancar di mana udara boleh masuk dan keluar secara bebas. Cara paling mudah adalah dengan membuka pintu dan tingkap. Selain itu, anda jugak boleh memasang ekzos fan dan penapis udara dengan karbon didalam rumah anda.
Ketiga, kekalkan kelembapan dan suhu yang rendah di dalam rumah. Menurut EPA, haba mempercepatkan kadar pembebasan formaldehid dan ia juga bergantung pada tahap kelembapan rumah anda.
Sudah tiba masanya kita sedar tentang bahaya formaldehid dan perabot yang mengandungi tahap formaldehid yang tinggi sehingga membahayakan kesihatan. Pada masa ini, tiada peraturan yang dikuatkuasakan di Malaysia, berkenan had pelepasan formaldehid pada produk kayu, sama ada untuk kegunaan tempatan atau import.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: