PEGUAM YAYASAN KUBRA NAFI MAHKAMAH ARAH HENTI SEMENTARA KERJA ROBOH KUIL
Автор: Waniey Channel
Загружено: 2026-03-14
Просмотров: 2601
Описание:
PEGUAM YAYASAN KUBRA NAFI MAHKAMAH ARAH HENTI SEMENTARA KERJA ROBOH KUIL
Peguam Yayasan Kubra, Muhammad Hariz Md Yusoff menafikan Mahkamah Majistret Selayang memerintahkan kerja-kerja merobohkan Kuil Sri Uchimalai Muniswaran di Taman Rawang Perdana dihentikan sementara, sehingga isu itu diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam seperti dilapor media.
Beliau menegaskan, berdasarkan prosiding yang berlangsung pada Jumaat, mahkamah berpuas hati bahawa terdapat aduan berkaitan pertikaian harta tak alih di Rawang serta kewujudan sebuah kuil di lokasi berkenaan sejak 1995, manakala pemilik berdaftar memperoleh tanah itu sekitar tahun 2021.
Katanya lagi, mahkamah juga berpandangan pertikaian tersebut berpotensi menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat setempat sekiranya tidak ditangani.
Maka di sini, mahkamah memerintahkan pihak-pihak terlibat pertikaian ini hendaklah hadir ke mahkamah untuk satu pendengaran di bawah Seksyen 99(4) Kanun Tatacara Jenayah
Pihak-pihak hendaklah memfailkan dan menyerahkan kenyataan bertulis berkenaan pemilikan actual possession berkaitan tanah tersebut. (Pendengaran) akan dijalankan terhad kepada isu berkaitan actual possession iaitu milik sebenar sahaja. Mahkamah tidak akan menyentuh isu hak milik atau hak undang-undang berkenaan tanah tersebut
Muhammad Hariz berkata, beliau hairan dengan laporan media yang menyatakan Mahkamah Majistret Selayang mengarahkan kerja-kerja merobohkan kuil berkenaan dihentikan sementara.
Apatah lagi terma perintah 'memerintahkan kerja-kerja merobohkan Kuil Sri Uchimalai Munisawaran di Taman Rawang Perdana dihentikan sementara sehingga isu itu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Kenyataan di atas berkenaan kandungan terma perintah bersifat arahan halangan ini sama sekali mengelirukan kerana tiada sebarang perkataan atau perintah mahkamah tersebut dilafazkan oleh Majistret Selayang
Sebelum ini, peguam yang mewakili pihak pengurusan Kuil Sri Uchimala Muniswaran, Rajesh Nagarajan dilaporkan berkata mahkamah memerintahkan sedemikian.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: