CIKGU CHANDRA DAKWA DIVGUT LAGI, LIBATKAN BEKAS AHLI POLITIK
Автор: Waniey Channel
Загружено: 2026-03-11
Просмотров: 8184
Описание:
CIKGU CHANDRA DAKWA DIUGUT BEKAS AHLI POLITIK
Kediaman aktivis S Chandrasegaran atau lebih dikenali sebagai Cikgu Chandra sekali lagi diserang dan menerima ugutan daripada bekas ahli politik yang juga pempengaruh media sosial pagi ini.
Cikgu Chandra berkata, kejadian berlaku jam 8.15 pagi tadi apabila lelaki terbabit bersama beberapa individu lain datang ke rumahnya dan membuat ugutan.
Kejadian berlaku hampir setengah jam apabila mereka bertindak agresif dan melakukan provokasi.
Bagaimanapun keadaan terkawal kerana polis pun menjaga kawasan perumahan saya bagi mengelak insiden tidak dikenali terjadi
Harian Metro semalam melaporkan Cikgu Chandra tetap akan tinggal di kediaman terbabit dan tidak akan berpindah.
Polis turut membuka dua kertas siasatan berhubung insiden khianat serta ugutan jenayah membabitkan Cikgu Chandra di perumahan Taman Kinrara, Puchong dekat sini pada 9 Mac lalu dan kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar dilaporkan berkata, bagi insiden pertama siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat serta ugutan jenayah.
Bagi insiden kedua pula, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan berhubung kejadian khianat dengan api yang membabitkan kenderaan di lokasi sama.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: