ycliper

Популярное

Музыка Кино и Анимация Автомобили Животные Спорт Путешествия Игры Юмор

Интересные видео

2025 Сериалы Трейлеры Новости Как сделать Видеоуроки Diy своими руками

Топ запросов

смотреть а4 schoolboy runaway турецкий сериал смотреть мультфильмы эдисон
Скачать

5 TREND TERKINI BACKSPLASH DINDING KABINET DAPUR

Автор: Uncle Andrew

Загружено: 2022-09-13

Просмотров: 22581

Описание: Backsplash dinding dapur adalah cara paling mudah untuk menaikkan mutu, nilai dan seri dapur anda.

Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ini, Uncle Andrew hendak kongsikan 5 trend terkini backsplash dinding kabinet dapur. Uncle Andrew juga akan kongsikan beberapa kelebihan dan kekurangan backsplash, serta Uncle Andrew akan menjawab beberapa soalan yang kerap ditanya berkenaan backsplash. Jadi, pastikan anda tonton video Uncle Andrew sampai habis.

Dapur merupakan tempat yang paling mudah kotor, terutama sekali bahagian dinding tempat kita memasak atau mencuci.

Apa yang dimaksudkan dengan backsplash? Dan adakah anda perlu memasangnya?
Fungsi utama backsplash adalah untuk melindungi dinding antara countertop dan bahagian bawah kabinet dinding dapur kita daripada pelbagai kotoran. Apa yang paling penting, material yang kita gunakan hendaklah tahan terhadap kotoran yang terpercik padanya. Sebagai contoh air atau percikan minyak.

Adakah kita perlu ada backsplash? Semestinya tidak, tetapi backsplash sangat praktikal dan dapat memberikan impak besar bagi konsep rekaan dapur anda. Secara peribadi, Uncle Andrew mengesyorkan anda untuk memasang backsplash didapur.

Material apa yang selalu digunakan untuk backsplash?
Ada banyak pilihan material untuk backsplash. Jom kita tengok antara material yang popular dan sering digunakan.

Pertama, jubin porcelain atau seramik
Salah satu kelebihan backsplash jenis jubin, ianya terdapat dalam perlbagai variasi corak dan warna. Jubin tahan lasak, senang untuk dijaga dan boleh tahan bertahun lamanya jika dipasang dan dijaga dengan betul.

Tetapi, kesan sambungan antara jubin jelas kelihatan. Oleh itu, kesan minyak dan kotoran sukar untuk dibersihkan di bahagian celahan sambungan tersebut. Hendak dapatkan jubin yang sama warna atau corak juga sukar sekiranya terdapat jubin yang pecah dan hendak digantikan kemudian hari.




Kedua, color glass
Terdapat pelbagai pilihan warna, corak dan saiz. Permukaan kaca yang berkilat menjadikan ruangan dapur anda kelihatan moden dan minimalis. Kaca akan dipotong mengikut saiz yang dikehendaki dan ia tidak mempunyai kesan sambungan. Oleh itu, kerja-kerja pembersihan senang dijalankan.

Tetapi kaca boleh pecah jika berlaku perubahan suhu yang sangat ketara serta hentakan yang kuat.

Ketiga, material countertop
Material seperti quartz stone, marble, porcelain dan granite sangat sesuai dijadikan backsplash. Terdapat banyak pilihan warna, corak dan kualiti dipasaran. Material countertop akan dipotong mengikut saiz yang tuan rumah mahukan. Ia boleh dipasang pada ruang antara tempat masak dan penyedut asap atau sepanjang dinding antara countertop dan kabinet dinding. Permukaan backsplash nampak lebih kemas dan mudah dicuci kerana tiada joining.

Keempat, stainless steel
Jika anda inginkan gaya industrial, backsplash stainless steel adalah pilihan yang tepat. Stainless steel sangat mudah untuk dibersihkan ia tidak akan retak atau pudar warnanya. Pemasangannya juga mudah dan cepat. Tetapi zaman sekarang kita sudah jarang lihat pengggunaan stainless steel sebagai backsplash dirumah.

Kelima, cermin kaca atau mirror glass
Pantulan cahaya pada mirror glass dapat membuatkan ruang dapur anda kelihatan luas serta dapat meningkatkan lagi pencahayaan didapur anda dengan pantulan cahaya semula jadi dan tiruan.

Mirror backsplash nampak menarik apabila bersih, tetapi tidak bergitu menarik apabila ianya kotor. Setiap percikan minyak atau air basuhan akan jelas kelihatan pada cermin. Jadi ada perlu mencucinya dengan kerap.

Sekarang Uncle Andrew akan menjawab beberapa soalan yang kerap ditanya tentang backsplash.

Adakah backsplash dan countertop perlu sama?
Anda boleh pilih material yang sama dan anda jugak tidak perlu pilih material yang sama. Mempunyai backsplash memberi anda peluang untuk menambahkan lagi warna dan tekstur pada dapur anda. Walaubagaimanapun, mempunyai backsplash yang sepadan dengan countertop merupakan trend terkini dan nampak lebih kemas dan menarik.

Adakah backsplash perlu dipasang sebelum countertop?
Tidak! Countertop sentiasa perlu dipasang dahulu, supaya sebarang ukuran untuk backsplash boleh diambil dari countertop sehingga ke bahagian bawah kabinet dinding.

Jadi, apa material backsplash yang anda akan gunakan untuk dapur anda? Kongsikan dengan Uncle Andrew pada ruang komen dibawah.

Не удается загрузить Youtube-плеер. Проверьте блокировку Youtube в вашей сети.
Повторяем попытку...
5 TREND TERKINI BACKSPLASH DINDING KABINET DAPUR

Поделиться в:

Доступные форматы для скачивания:

Скачать видео

  • Информация по загрузке:

Скачать аудио

Похожие видео

HUJUNG LENGKUNG TREND DAPUR ATAU SATU KESILAPAN MEMBAZIR DUIT

HUJUNG LENGKUNG TREND DAPUR ATAU SATU KESILAPAN MEMBAZIR DUIT

APA PERBEZAAN LAMINATE, VINYL FLOORING YANG MANA SATU LEBIH SESUAI

APA PERBEZAAN LAMINATE, VINYL FLOORING YANG MANA SATU LEBIH SESUAI

6 JENIS SUSUN ATUR KABINET DAPUR

6 JENIS SUSUN ATUR KABINET DAPUR

Отличная идея! Многие не знают, что можно заработать деньги, кипятив пластиковые крышки от бутылок.

Отличная идея! Многие не знают, что можно заработать деньги, кипятив пластиковые крышки от бутылок.

Trend Terkini Aksesori Kabinet Dapur

Trend Terkini Aksesori Kabinet Dapur

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KONKRIT TOP

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KONKRIT TOP

LANTAI SPC BERMASALAH BETUL KE?

LANTAI SPC BERMASALAH BETUL KE?

Как установить ИДЕАЛЬНЫЙ фартук из плитки (все материалы, инструменты и цены включены)

Как установить ИДЕАЛЬНЫЙ фартук из плитки (все материалы, инструменты и цены включены)

Trend Terkini Warna Kabinet Dapur

Trend Terkini Warna Kabinet Dapur

PEMBUNUH SENYAP DALAM RUMAH FORMALDEHID

PEMBUNUH SENYAP DALAM RUMAH FORMALDEHID

TUTORIAL MEMBUAT MEJA DAPUR TIPIS BERUNDAK ALA TABLE TOP

TUTORIAL MEMBUAT MEJA DAPUR TIPIS BERUNDAK ALA TABLE TOP

Чем ОПАСЕН МАХ? Разбор приложения специалистом по кибер безопасности

Чем ОПАСЕН МАХ? Разбор приложения специалистом по кибер безопасности

CARA MEMILIH DAPUR MASAK YANG SESUAI

CARA MEMILIH DAPUR MASAK YANG SESUAI

Арестович: Мир или перемирие? перспективы 2026 года. #украина #россия #политика #новости #украіна

Арестович: Мир или перемирие? перспективы 2026 года. #украина #россия #политика #новости #украіна

TREND TERKINI AKSESORI KABINET DAPUR

TREND TERKINI AKSESORI KABINET DAPUR

Какой фасад лучший для кухни?

Какой фасад лучший для кухни?

Petua Selamat Menghalau Lipas

Petua Selamat Menghalau Lipas

10 полезных советов по дому, которые изменят вашу жизнь и о которых вы хотели бы знать раньше

10 полезных советов по дому, которые изменят вашу жизнь и о которых вы хотели бы знать раньше

ТОП лучших фасадов для кухни 2026: эконом, средний, премиум

ТОП лучших фасадов для кухни 2026: эконом, средний, премиум

TIPS DAPUR KECIL KELIHATAN BESAR

TIPS DAPUR KECIL KELIHATAN BESAR

© 2025 ycliper. Все права защищены.



  • Контакты
  • О нас
  • Политика конфиденциальности



Контакты для правообладателей: [email protected]