AAM 2021; SINOPSIS Surah Asy-Syu'ara' الشعراء [Maqasid dan intisari Surah].
Автор: Halaqah Abu Anas Madani.
Загружено: 2021-09-09
Просмотров: 944
Описание:
AAM 2021; SINOPSIS Surah Asy-Syu'ara' الشعراء [Maqasid dan intisari Surah]
.
#kapsulQS26:00 - Isnin 23 Zulhijjah 1442H 2.8.21
.
MUQADDIMAH Ringkas:
Surah Makkiyah, mengandungi 227 ayat; الشعراء bermaksud perihal ahli-ahli sya'ir.
Menegaskan kepada Nabi ﷺ, agar tidak "membinasakan diri" (dengan menanggung dukacita); akibat karenah yang pelbagai kaumnya tidak mahu beriman.
dan
Kisah-kisah para Nabi dan Rasul terdahulu menghadapi kaum masing-masing, di akhiri dengan kemenangan; untuk mengukuhkan semangat perjuangan Nabi ﷺ.
.
MAQASID Surah:
#1 Menegaskan bahawa Al-Quran itu adalah MUKJIZAT, kurniaan Allah keatas Nabi ﷺ
.
[ Sehebat mana para penya'ir Quraisyh /dan mereka yang sewaktu dengannya, tidak akan mampu menandingi Al-Quran ]
.
#2 Kisah-kisah di dalamnya, untuk menenangkan HATI Nabi ﷺ, dan menyuntik semagat juang menegakkan Islam!
.
[ Al-Quran itu terkandung dalamnya ayat-ayat yang JELAS nyata untuk disampaikan (oleh para pendakwah); kepada khalayak tanpa menanggung kekecewaan dalam diri ]
---------------
• Manusia itu dilengkapi hatinya dengan kuasa dan hak untuk memilih (kebaikan) tanpa paksaan, dan petunjuk hidayah itu hanya milik Allah jua; tetapi ramai yang BERPALING serta mendustakan di samping mengejek-ejek!
.
• Sesungguhnya, kebenaran yang hak itu akan mula teserlah; ketika mana "dibuktikan dengan SATU tanda" (melalui azab bencana yang ditimpakan, serta pelbagai bentuk penciptaan di langit dan di bumi); SEKIRANYA mereka menggunakan akal dan melihatnya dengan mata hati.
.
[ JANGAN KECEWA! Allah Maha Berkuasa, lagi AMAT Mengasihani ]
.
Wallahu'alam
.
Ya Allah, permudahkanlah urusan peluang dan ruang; untuk bersama menekuni mentadabbur Al-Quran-MU Ya Allah.
Lembutkan hati kami;
Lapangkan dada kami;
dan
Redhailah ilmu yang dikongsikan TG Dato Dr Abdul Basit Abdul Rahman, semoga ianya menjadi ilmu yang bermanfaat; Insya-Allah.
.
#TadabburSurahAsSyuara' #diariSENJA_26
.
Kredit : kapsul disunting dari Tafsir Surah Asy-Syu'ra' siri pertama, oleh TG Dato' Dr Abdul Basit Abdul Rahman
https://m.facebook.com/story.php?stor...
.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: