AAM 2021; BENARNYA janji ALLAH [Nabi Musa dan Harun dilindungi dari kezaliman setelah Firaun tewas]
Автор: Halaqah Abu Anas Madani.
Загружено: 2021-09-10
Просмотров: 147
Описание:
AAM 2021; BENARNYA janji ALLAH [Nabi Musa dan Harun dilindungi dari kezaliman setelah Firaun tewas berdebat]
.
#kapsulQS26:35-37
Tadabbur Surah Asy-Syu'ara' الشعراء [ Ayat 23-37 ]
Rabu 25 Zulhijjah 1442H 4.8.21
.
HIKMAH dan IBRAH Ringkas
[ Ayat 35-37 ]
• Hakikatnya Firaun GAGAL mengapa-apakan Nabi Musa dan Harun a.s, setelah tersepit dengan dalil-dalil tauhid dan mula hilang upaya berhujjah; kerana janji Allah itu benar!
.
[ Firaun masih lagi ingin mempertahankan kesombongannya, dengan memberi UGUTAN awal akan penjarakan Nabi Musa dan Harun a.s; jika menyembah selain dari dia ]
.
• Dalam keangkuhan Firaun itu, Nabi Musa a.s diminta MENZAHIRKAN kebenaran yang dibawa; dan mengemukakan bukti-bukti /dan mukjizat keRASULan Baginda. Akhirnya, setelah "menyedari" akan kebenaran yang dibawa mereka, Firaun memilih untuk bertembung melalui pertarungan dengan kehebatan ahli-ahli sihirnya (di suatu hari pesta keramaian, ditetapkan Firaun sendiri).
.
[ Dalam suasana ketegangan ketika berdakwah /berhujjah, seseorang pendakwah jangan terheret dengan provokasi-provokasi pihak yang zalim (atau kumpulan sasar yang bathil); lebih-lebih lagi berhadapan dengan khalayak yang jahil! ]
.
• Sesungguhnya, tuduhan-tuduhan keatas para Nabi dan Rasul-Rasul terdahulu (berupa orang gila, ahli sihir, mabuk kuasa dan seumpamanya) itu; sentiasa berulangan zaman berzaman - (sehingga sekarang) - ketika mana cubaan perebutan kuasa berlaku di atas muka bumi ini.
.
[ Dalam usaha menegakkan kebenaran, ketentuan dan pergantungan kepada Allah semata-mata; perlu mengatasi segala usaha yang lain! ]
.
Wallahu'alam
.
Ya Allah, permudahkanlah urusan peluang dan ruang; untuk bersama menekuni mentadabbur Al-Quran-MU Ya Allah.
Lembutkan hati kami;
Lapangkan dada kami;
dan
Redhailah ilmu yang dikongsikan TG Dato Dr Abdul Basit Abdul Rahman, semoga ianya menjadi ilmu yang bermanfaat; Insya-Allah.
.
Kredit : kapsul disunting dari Tafsir Surah Asy-Syu'ara' (26) Siri ke-3, oleh TG Dato' Dr Abdul Basit Abdul Rahman
/ story.php. .
.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: