Banteras Rasuah Bukan Sekadar Tangkap: Masalahnya Budaya Kepimpinan
Автор: Mohd Rafizi bin Ramli
Загружено: 2026-02-11
Просмотров: 4840
Описание:
Masalah rasuah bukan sekadar “hardware” (tangkapan) dan “software” (SOP).
Ada satu komponen yang lebih menentukan: budaya kepimpinan dan budaya ini hanya boleh berubah jika pemimpin menunjukkan teladan.
Cabaran terbesar Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk meyakinkan rakyat ialah rakyat masih belum nampak budaya politik dan pentadbiran benar-benar berubah. Sebab itu ramai rasa “masuk siapa pun sama”, lalu mereka jadi sinis terhadap slogan membanteras rasuah dan amalan sakau.
Saya tegur bukan untuk bergaduh, tetapi sebagai nasihat: perjuangan melawan rasuah mesti bermula daripada orang nombor satu. Jika pemimpin di atas memberi isyarat bahawa “ikut saya, selamat; lawan saya, bermasalah”, maka rakyat akan anggap budaya lama masih hidup.
Saya beri contoh perkara yang melunturkan keyakinan: rakyat melihat individu tertentu naik terlalu cepat dan dikaitkan dengan kontrak, lalu jawapan “semua ikut tender terbuka” tidak memadam persepsi kerana pusat kuasa perolehan tetap di puncak kerajaan. Saya juga sentuh isu konsistensi apabila seorang tokoh yang pernah dipersoal dulu akhirnya dikekalkan, contohnya Tan Sri Azam Baki dan rakyat bertanya, “apa yang sebenarnya berubah?”
Kita pernah berjuang lama untuk sampai ke peluang ini. Kalau kita mahu Malaysia benar-benar bersih, kita perlu betulkan "hardware", betulkan "software", dan yang paling penting: buktikan budaya baharu melalui kepimpinan dari atas.
Tonton kupasan penuh isu rasuah dan integriti pentadbiran di Podcast YBM #34:
https://www.youtube.com/live/XiA_DyUu...
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: