ycliper

Популярное

Музыка Кино и Анимация Автомобили Животные Спорт Путешествия Игры Юмор

Интересные видео

2025 Сериалы Трейлеры Новости Как сделать Видеоуроки Diy своими руками

Топ запросов

смотреть а4 schoolboy runaway турецкий сериал смотреть мультфильмы эдисон
Скачать

Azam Baki Tak Paham Tentang Saham & Modal Berbayar?

Автор: Mohd Rafizi bin Ramli

Загружено: 2026-02-11

Просмотров: 30945

Описание: 𝗔𝗭𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗞𝗜 𝗧𝗔𝗞 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗠 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗢𝗗𝗔𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥?

Saya terduduk baca penerangan Tan Sri Azam Baki mengenai kontroversi pemilikan saham beliau yang melanggar peraturan. Media melaporkan salah satu alasan beliau, iaitu:

“ …Azam menjelaskan pembelian saham terdahulu tidak melibatkan modal berbayar, sebaliknya dibuat melalui pasaran terbuka….” seperti yang dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Saya tak pasti yang mana satu ni:

Sama ada Tan Sri Azam Baki tidak faham peraturan penjawat awam seperti di dalam Pekeliling Perkidmatan Bilangan 3 Tahun 2020 yang menghadkan pemilikan saham kepada maksima RM100,000

Sama ada beliau tidak faham konsep saham

Sama ada beliau terkeliru dengan saham dan modal berbayar

Peraturan penjawat awam itu jelas. Penjawat awam tidak boleh memiliki saham melebihi RM100,000 dalam mana-mana syarikat.

Sebabnya masuk akal.

Kalau penjawat awam ada saham yang besar dalam sesuatu syarikat, timbul persoalan dari mana dia dapat wang untuk membeli saham-saham itu dengan gaji penjawat awam.

Lebih berbahaya lagi, timbul pertembungan kepentingan atau conflict of interest kerana ada keputusan-keputusan awam atau penguatkuasaan yang boleh dipengaruhi oleh kepentingannya di dalam syarikat atau industri tertentu.

Cuma yang saya tak leh brain ni macam mana seorang Ketua Pesuruhjaya SPRM, yang mengendalikan siasatan dan pendakwaan kes-kes kolar putih yang melibatkan traksasi saham dan kewangan kompleks, seolah-olah terkeliru mengenai maksud saham.

Bila beliau sebut pembelian saham-saham itu dari pasaran terbuka dan tidak melibatkan modal berbayar, ia memberi gambaran yang pada pemahaman beliau, beli saham syarikat senaraian awam di pasaran terbuka itu bukan modal berbayar.

Apa-apa saham itu modal berbayar la Tan Sri!

Bagi syarikat sendirian berhad, syarikat menerbitkan saham kepada rakan-rakan kongsi yang memegang saham. Bila rakan kongsi beli saham, itu bermakna mereka suntik modal berbayar ke dalam syarikat sendirian berhad itu.

Bagi syarikat yang lebih besar, mereka dibenarkan menerbitkan saham untuk mengumpul modal berbayar di pasaran terbuka iaitu Bursa Kuala Lumpur.

Bila Tan Sri Azam Baki beli saham syarikat-syarikat senaraian awam ini melalui pasaran terbuka, maknanya dia memiliki sebahagian syarikat-syarikat ini dan sahamnya itu telah menjadi modal berbayar syarikat-syarikat ini.

Takkan itu pun tak paham Tan Sri?

Mungkin lebih baik Tan Sri Azam Baki bercuti dahulu untuk pergi balik ke kelas dan memahami mengenai saham.

Bimbang saya macam mana Tan Sri nak mengemudi SPRM yang kena siasat pasal macam-macam salahlaku yang melibatkan saham ni.

Не удается загрузить Youtube-плеер. Проверьте блокировку Youtube в вашей сети.
Повторяем попытку...
Azam Baki Tak Paham Tentang Saham & Modal Berbayar?

Поделиться в:

Доступные форматы для скачивания:

Скачать видео

  • Информация по загрузке:

Скачать аудио

Похожие видео

[[LIVE]] 12.2.26 ANWAR, AZAM BAKI DAN FARHASH. PENDEDAHAN TERKINI BLOOMBERG MENGEJUTKAN

[[LIVE]] 12.2.26 ANWAR, AZAM BAKI DAN FARHASH. PENDEDAHAN TERKINI BLOOMBERG MENGEJUTKAN

Inside Malaysia’s Controversial Anti-Corruption Commission | Bloomberg Investigates

Inside Malaysia’s Controversial Anti-Corruption Commission | Bloomberg Investigates

YG SERVIS 15-18 TAHUN MASALAH DALAM ATM

YG SERVIS 15-18 TAHUN MASALAH DALAM ATM

EP188 | Akmal Racist & Anti DAP?, Garis Merah UMNO, PAS atau PH?, Penyatuan Melayu, Rumah Bangsa

EP188 | Akmal Racist & Anti DAP?, Garis Merah UMNO, PAS atau PH?, Penyatuan Melayu, Rumah Bangsa

7 Bisikan Syaitan Yang Ada Pada Manusia | Ustaz Muhammad Al Amin

7 Bisikan Syaitan Yang Ada Pada Manusia | Ustaz Muhammad Al Amin

Day 1 Highlights | 2026 Bahrain Pre-Season Testing

Day 1 Highlights | 2026 Bahrain Pre-Season Testing

Rasul Azman di Rawang?! Jabatan Agama Kena Bertindak Segera! Puasa Hanya Beberapa Hari!?

Rasul Azman di Rawang?! Jabatan Agama Kena Bertindak Segera! Puasa Hanya Beberapa Hari!?

Bloomberg bongkar Azam Baki dan 'mafia korporat' | 12 Februari 2026

Bloomberg bongkar Azam Baki dan 'mafia korporat' | 12 Februari 2026

(🔴LIVE) Kuil Haram Wajib Dibanteras!!! Dr MAZA | Dr Rozaimi Ramle | Dr Abu Hafiz | Ust Rizal Azizan

(🔴LIVE) Kuil Haram Wajib Dibanteras!!! Dr MAZA | Dr Rozaimi Ramle | Dr Abu Hafiz | Ust Rizal Azizan

Hasan Karim Desak Azam Direhatkan! Hanya PM, Kabinet Boleh Tentukan Nak Dakwa Ke Tidak, Kata Kula

Hasan Karim Desak Azam Direhatkan! Hanya PM, Kabinet Boleh Tentukan Nak Dakwa Ke Tidak, Kata Kula

EKSKLUSIF : 7 KISAH SAYA & TUNKU MAHKOTA JOHOR

EKSKLUSIF : 7 KISAH SAYA & TUNKU MAHKOTA JOHOR

10 Suggestions for the MADANI Government | EP 89

10 Suggestions for the MADANI Government | EP 89

YBM 13 Feb: SPRM Dibolosi Mafia Korporat? Anwar Ibrahim Halau Saya Keluar PKR

YBM 13 Feb: SPRM Dibolosi Mafia Korporat? Anwar Ibrahim Halau Saya Keluar PKR

Akaun kosong-Azam, PM membisu, Jamal raih RM66,000 lelong selipar tuala | SEKILAS FAKTA

Akaun kosong-Azam, PM membisu, Jamal raih RM66,000 lelong selipar tuala | SEKILAS FAKTA

Ini Pendirian Saya! Ustaz Yaakub Yusra Ditahan SPRM. Penyelewengan Dana Derma Masjid ?!

Ini Pendirian Saya! Ustaz Yaakub Yusra Ditahan SPRM. Penyelewengan Dana Derma Masjid ?!

Tangkap Lagi Ramai Pun Tak Jalan: Rasuah Kekal No.1 Sebab Sistem Bocor

Tangkap Lagi Ramai Pun Tak Jalan: Rasuah Kekal No.1 Sebab Sistem Bocor

Momen Dirut BPJS Emosi Dianggap Tak Bekerja Komisi IX: Bapak Bisa Kerja Gitu, Saya Gaji! | Liputan6

Momen Dirut BPJS Emosi Dianggap Tak Bekerja Komisi IX: Bapak Bisa Kerja Gitu, Saya Gaji! | Liputan6

THE TIGER SHOW |S2| EP55 | Hassan Karim:’Benang merah’ perjuangan, suara lantang lawan ketidakadilan

THE TIGER SHOW |S2| EP55 | Hassan Karim:’Benang merah’ perjuangan, suara lantang lawan ketidakadilan

🔴 SINYAL BURSA YANG TAK KASAT MATA: INI MENENTUKAN NASIB UANG KITA‼️ | #IntrigueRK

🔴 SINYAL BURSA YANG TAK KASAT MATA: INI MENENTUKAN NASIB UANG KITA‼️ | #IntrigueRK

PN Dari Bergolak Ke Berkecai & Skandal Yang Belum Selesai | YBM #33

PN Dari Bergolak Ke Berkecai & Skandal Yang Belum Selesai | YBM #33

© 2025 ycliper. Все права защищены.



  • Контакты
  • О нас
  • Политика конфиденциальности



Контакты для правообладателей: [email protected]