Shawl Tutorial 2017 - Gaya Tudung Bawal Yang Akan Membuatkan Wajah Anda Kelihatan Tirus!
Автор: Zolace
Загружено: 2017-03-16
Просмотров: 265442
Описание:
Peraduan untuk memenangi selendang/tudung bernilai RM100 ►► http://lp.zolace.com/youtube-giveaways/
SUBSCRIBE TO ZOLACE ►► / @zolacemalaysia
WATCH HIJAB FRIDAY (BM) ►► • Hijab Friday - Bahasa Melayu
WATCH HIJAB FRIDAY (ENG) ►► • Hijab Friday - English
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Video Transkripsi
Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini.
Hi peminat Zolace!
Kembali kita dalam satu lagi edisi Hijab Friday!
Pada minggu ini kami akan berkongsi dengan anda satu gaya tudung yang akan membuatkan sisi wajah anda kelihatan lebih tirus. Selain daripada itu gaya ini juga akan memberikan anda alunan yang cantik seperti yang anda dambakan.
Oh ye, ianya juga sesuai digayakan untuk anda yang mahu menjadi bridesmaid di hari bahagia ahli keluarga atau sahabat handai. Menarik bukan?
Untuk tutorial pada hari ini kami akan mengguna tudung bawal Zahra Chiffon Square Headscarf. Sememangnya Zahra Chiffon Square Headscarf kami sudah terkenal untuk melakukan alunan yang cantik buat anda. Kami juga memadankan gaya ini dengan Petal Patter Baju Kurung Moden. Pastinya gabungan ini akan menyerlahkan lagi penampilan anda.
Anda memerlukan 1 brooch dan 2 pin untuk gaya ini. Jadi, mari kita mulakan.
Langkah 1 : Letakkan tudung di atas kepala anda
Mulakan dengan meletakkan tudung di atas kepala anda. Pastikan, satu sisi lebih panjang dan satu sisi lebih pendek.
Langkah 2 : Pinkan kedua-dua sisi tudung di bawah dagu
Selepas itu, kemaskan tudung di bahagian muka anda dan pinkan kedua-dua sisi tudung di bawah dagu dengan menggunakan kerongsang.
Langkah 3 : Bawakan sisi yang pendek ke bahagian yang bertentangan
Langkah yang ketiga, bawakan sisi yang pendek ke bahagian yang bertentangan dan pinkan di sisi kepala anda.
Langkah 4 : Ambil bahagian yang panjang dan lilitkan
Sekarang, ambil bahagian yang panjang dan lilitkan dengan longgar ke atas kepala anda untuk mendapatkan alunan yang cantik.
Langkah 5 : Kemaskan di bahagian hadapan tudung
Langkah yang terakhir, kemaskan di bahagian hadapan tudung anda mengikut keselesaan dan kesukaan anda, dan anda boleh pinkan di sisi kepala anda.
Gaya terakhir :
Anda sudah selesai!
Dengan hanya melakukan beberapa langkah mudah, anda sudah boleh dapatkan satu gaya tudung yang sangat cantik dan menarik. Jadi jangan lupa untuk kongsikan gaya ini dengan rakan-rakan anda dan rugi jika anda anda tidak mencubanya di rumah!
Terima kasih kerana menyertai kami pada hari ini. Tinggalkan komen anda di bawah, subscribe, dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisi Hijab Friday!
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Beli hijab/shawl di sini: http://go.zolace.com/HijabFridayShawl
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Jadual Hijab Friday:
Kami melancarkan video tutorial Hijab Friday (cara pakai shawl / hijab / tudung bawal) pada setiap hari Jumaat GMT+8 12PM
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
• Subscribe ►► / @zolacemalaysia
• Zolace Blog Artikel: http://go.zolace.com/hijab-friday-y11
• Zolace Hijab Friday (Melayu): http://go.zolace.com/hijab-friday-list
• Zolace Hijab Friday (English): http://go.zolace.com/hijab-friday-eng...
• Website: http://go.zolace.com/hijab-friday-home
• Twitter: / zolacemalaysia
• Facebook: / zolacemalaysia
• Instagram: / zolacemalaysia
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: