Shawl Tutorial 2017 - Cara Untuk Menggayakan Shawl Dengan Dimensi Yang Menarik
Автор: Zolace
Загружено: 2017-03-23
Просмотров: 20599
Описание:
Peraduan untuk memenangi selendang/tudung bernilai RM100 ►► http://lp.zolace.com/youtube-giveaways/
SUBSCRIBE TO ZOLACE ►► / @zolacemalaysia
WATCH HIJAB FRIDAY (BM) ►► • Hijab Friday - Bahasa Melayu
WATCH HIJAB FRIDAY (ENG) ►► • Hijab Friday - English
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Video Transkripsi
Hi peminat Zolace!
Kembali kita dalam satu lagi edisi Hijab Friday!
Pernahkah anda terfikir untuk menggayakan selendang anda dengan dimensi yang menarik? Jika sebelum ini anda tercari-cari tutorial selendang seperti itu, pastinya tutorial yang kami kongsikan pada minggu ini adalah tutorial yang paling sesuai buat anda!
Mungkin tutorial ini kelihatan agak sukar untuk digayakan, tetapi percayalah ianya amat mudah dan tidak akan mengambil masa yang terlalu lama. Pada minggu ini kami memadankan Zehna Bubble Rectangle Shawl yang berwarna latte dengan jubah yang akan menyerlahkan lagi keanggunan anda iaitu Paint by Wonders Jubah. Pastinya padanan ini adalah padanan yang cantik dan selesa untuk anda!
Baiklah, untuk tidak membuang masa lagi, mari kita mulakan! Tutorial pada kali ini memerlukan 1 brooch dan 3 pin.
Langkah 1 : Letakkan selendang di atas kepala anda
Mulakan dengan meletakkan selendang di atas kepala anda. Pastikan, satu sisi lebih panjang dan satu sisi lebih pendek.
Langkah 2 : Pinkan kedua-dua sisi tudung di bawah dagu
Selepas itu, kemaskan tudung di bahagian muka anda dan pinkan kedua-dua sisi tudung di bawah dagu dengan menggunakan kerongsang.
Langkah 3 : Bawakan sisi yang pendek ke bahagian yang bertentangan
Langkah yang ketiga, bawakan sisi yang pendek ke bahagian atas kepala anda dan pinkannya.
Langkah 4 : Ambil bahagian yang panjang dan lilitkan
Sekarang, ambil bahagian yang panjang dan lilitkan ke atas kepala anda. Di bahagian ini, anda boleh melipatkan sedikit demi sedikit selendang anda untuk membuat dimensi yang cantik di bahagian atas kepala anda.
Langkah 5 : Pinkan bahagian yang lebih panjang
Pinkan bahagian yang lebih panjang di sisi kepala anda.
Langkah 6 : Pinkan ke bahu bertentangan
Kemudian, ambil lebihan selendang tadi, dan pinkan ke bahu bertentangan.
Gaya terakhir :
Kemaskan dan anda sudah selesai!
Lihatlah bagaimana Zehna Bubble Rectangle Shawl kami dapat memberikan lipatan yang cantik dan kemas buat anda. Rugi jika anda tidak menambahkannya ke dalam koleksi selendang anda!
Baiklah, sampai disini sahaja tutorial kita pada hari ini. Terima kasih kerana menyertai kami pada hari ini. Tinggalkan komen anda di bawah, subscribe, dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisi Hijab Friday!
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Beli hijab/shawl di sini: http://go.zolace.com/HijabFridayShawl
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Jadual Hijab Friday:
Kami melancarkan video tutorial Hijab Friday (cara pakai shawl / hijab / tudung bawal) pada setiap hari Jumaat GMT+8 12PM
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
• Subscribe ►► / @zolacemalaysia
• Zolace Blog Artikel: http://go.zolace.com/hijab-friday-y13
• Zolace Hijab Friday (Melayu): http://go.zolace.com/hijab-friday-list
• Zolace Hijab Friday (English): http://go.zolace.com/hijab-friday-eng...
• Website: http://go.zolace.com/hijab-friday-home
• Twitter: / zolacemalaysia
• Facebook: / zolacemalaysia
• Instagram: / zolacemalaysia
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: