Ahli perniagaan Ranjeet Singh dituduh beri rasuah RM8 juta
Автор: Harian Metro
Загружено: 2026-02-22
Просмотров: 91
Описание:
Ahli perniagaan, Datuk Ranjeet Singh Sidhu, didakwa memberi rasuah RM8 juta kepada bekas presiden sebuah bank berhubung projek rangkaian gentian optik pesisir pantai, 14 tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh berusia 56 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad pada 23 Februari.
Ranjeet didakwa memberi suapan berjumlah RM8 juta kepada bekas presiden dan pengarah urusan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), Datuk Mohd Zafer Mohd Hashim.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Ranjeet turut didakwa atas satu lagi pertuduhan menggunakan secara tidak jujur sebagai tulen satu dokumen palsu, sebagai memenuhi syarat kelulusan permohonan pinjaman RM400 juta daripada BPMB bagi membiayai projek yang sama, di tempat dan masa yang sama.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM150,000 dengan seorang penjamin serta mengenakan syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan.
Mahkamah turut menetapkan 30 Mac untuk sebutan semula kes.
----
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: