Tokoh kewangan Islam, Daud Bakar dituduh bersubahat dalam urus niaga sekuriti tanpa lesen
Автор: Harian Metro
Загружено: 2026-02-22
Просмотров: 172
Описание:
Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Shariah (SAC) Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di Kuala Lumpur pada 23 Februari, atas dakwaan bersubahat berniaga dalam sekuriti tanpa lesen sah, tiga tahun lalu.
Mohd Daud, 62, yang juga tokoh kewangan Islam di negara ini, tenang sepanjang prosiding, mengaku tidak bersalah serta mohon dibicarakan hadapan Hakim Norma Ismail.
Mohd Daud didakwa selaku wakil syarikat aktiviti jual beli komoditi, Energy Eco Berhad, bersubahat dengan AUF MBZ apabila AUF MBZ menjalankan suatu urusan dalam aktiviti terkawal iaitu berniaga dalam sekuriti.
Dia didakwa mengikut Seksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama perenggan 370(c) dan Seksyen 367(1) Akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 58(4), akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10 juta atau dipenjarakan tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian membenarkan Mohd Daud diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan dan menetapkan 10 April ini untuk sebutan kes.
-----
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: