Seronoknya Hidup Mereka.
Автор: Hisham Hislam
Загружено: 2026-01-13
Просмотров: 414
Описание:
Suka sangat bila dengar kisah para wali Allah SWT. Kisah mereka memberi kesedaran tentang bagaimana orang pilihan Allah mendapat kebaikan dan keajaiban.
Sekiranya kita tidak mampu untuk menjadi orang yang dekat dengan Allah, setidaknya kita ada keinginan yang mendalam agar kita menjadi orang yang diberi kemudahan dalam mendapat cinta Allah. Kerana kadang-kadang untuk merasakan cinta yang hakiki dari Allah memerlukan sedikit perjalanan dan pengorbanan.
Barangkali rasa gundah yang kita rasakan selama ini adalah satu tanda bahawa kita perlu memperbaiki segala amal soleh kita. Kerana segala rasa di dalam hati kita adalah perasaan yang dihadirkan Allah. Carilah amal kebaikan yang mampu menerangkan gelapnya hati kita.
Mendapat cinta Allah perlukan sedikit perjalanan dan pengorbanan, dan apabila kita mendapat cinta Allah , kita akan merasakan bahawa amalan ketaatan yang pada pandangan mata kita dahulu merupakan satu beban, rupa-rupanya adalah satu kenikmatan yang mampu mengisi kekosongan dalam hati kita.
Kembalilah, Allah sayang kita.
Semoga kita semua dimudahkan untuk mendapat cinta-Nya dan menjadi orang pilihan yang mendapatkan kemudahan dalam setiap perkara yang ingin dicapai, dan mendapat kelembutan didalam takdir-Nya. Aamiin.
Hisham Hislam 📝
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: