Taknak Dah Buat Dosa.
Автор: Hisham Hislam
Загружено: 2026-01-12
Просмотров: 601
Описание:
Semua daripada kita pernah melakukan kekhilafan dan sentiasa melakukannya. Namun apa yang membezakan kita adalah bagaimana cara untuk bangkit dan berdiri tegap menuju matlamat yang sebenar dalam kehidupan.
Ya, tidak mungkin kita sebagai manusia tidak akan melakukan kesilapan, kerana itu adalah perkara yang mustahil. Kadang kala, Allah membiarkan kita melakukan dosa bukan untuk menghumban kita ke dalam nereka, kerana Allah tidak akan sama sekali menzalimi hamba-hambaNya. Allah menginginkan kebaikan untuk kita. Ingin kebaikan?
Ya, orang yang mempunyai ilmu pengetahuan agama, sekiranya terjatuh dalam dosa dosa mereka akan terus beristighfar dan kembali. Dengan beristighfar, kita akan dapat membuka pintu-pintu kebaikan, baik sungguh Allah. Selepas kita melakukan dosa, kita dituntut untuk beristighfar memohon keampunan, setelah memohon keampunan diberi pulak kebaikan.
Kita kena sedar, penyesalan kita dengan kesalahan-kesalahan yang kita telah lakukan, kita akan dapat pengajaran yang sangat bermakna, jadi jangan terlalu kekal di titik yang terendah, bangkitlah. Kerana kehidupan ini tidak akan berakhir hanya kerana kita melakukan kesalahan dan dosa dosa.
Hisham Hislam 📝
Firman Allah: "Wahai anak Adam, sekiranya dosa engkau tinggi melangit, kemudian engkau memohon keampunan-Ku, Aku pasti mengampuni dirimu, dan Aku tidak peduli."
Keampunan Allah SWT terbuka seluas-luasnya. Sesiapa yang melakukan kebaikan maka sesungguhnya kebaikan itu untuk dirinya, begitu juga sebaliknya. Firman Allah SWT bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya terpulang kepada dirinya dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahaya menimpa dirinya dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada para hamba-Nya." (Surah Fussilat, ayat 46)
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: