Tikus di Kebun Sawit, Risiko Cacing Parasit dan Cara Kurangkan Risiko
Автор: AGS - Agriculture Global Solutions
Загружено: 2026-01-26
Просмотров: 0
Описание:
Dalam episod ini, saya kongsi apa yang pekebun kecil selalu nampak bila tikus mula jadi masalah di kebun sawit, buah lerai hilang, kesan gigitan pada tandan, anak pokok rosak, dan sarang bawah timbunan pelepah. Saya juga sentuh dapatan kajian lapangan di Johor yang menunjukkan banyak tikus liar membawa cacing dalaman. Isu utama di kebun ialah kebersihan dan tempat tikus dapat makan serta berlindung. Bila tikus bergerak antara kawasan sampah, stor, parit, dan tempat rehat, najis tikus boleh cemarkan kawasan kerja dan bahan makanan.
Saya jelaskan langkah yang praktikal untuk pekebun kecil, kemas kawasan ramp dan stor, simpan makanan dan air bertutup, kutip buah lerai bila sempat, urus timbunan pelepah supaya tidak jadi lorong sarang, perangkap secara berkala di lokasi panas, urus bangkai tikus dengan sarung tangan atau beg plastik, tanam atau buang jauh dari sumber air, basuh tangan dengan sabun sebelum makan dan selepas kerja, pakai but terutama kawasan basah, dan jaga kebersihan untuk kurangkan lipas serta kumbang.
#KelapaSawit #PekebunKecil #KawalanTikus #KebersihanLadang #PertanianMalaysia
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: