Berundur Dari Cinta
Автор: DARK AGENCY STUDIO
Загружено: 2026-02-05
Просмотров: 227
Описание:
LIRIK:
Verse 1
Aku cuba menahan suara hati ini
Yang hampir ku lafaz tanpa fikir
Aku tahu ia kan mengguris pedih
Walau hakikatnya aku pun sama terluka
Kita terlalu lama berpura lafaz setia untuk seketika
hingga sukar kita membezakan
Antara cinta dan suka yang biasa
Pre-Chorus
Bukan aku yang tak mahu setia
Bukan aku tak cinta padamu
Cuma jiwa ini sakit dan luka
Mengemis harapan yang tak pasti darimu
Chorus
walau berat bagiku meluah kata
Aku lepaskan hadirmu dari hati ini
Bukan kerana aku sedia kehilangan
Tapi hatiku kini retak seribu luka
Jika ini akhir cerita cinta boneka
Yang kita tak mampu menzahirkannya
Biarlah aku berlalu pergi menjauh
Tanpa menambah luka yang tiada ubatnya
Pre-Chorus 2
Aku hanya cuba mengerti
Walau hati tak kuat ku terima
Kerana hakikat cinta yang terpaksa
Perlu dileraikan demi bahagia
Chorus
Dengan hati yang sarat luka
Aku lepaskan segalanya
Bukan kerana tiada cinta membara
Tapi kerana aku hilang diri sendiri di dalam kita
Jika suatu hari kau mengerti
Mengapa aku memilih pergi
Ingatlah aku pernah tersiksa
dengan janji palsu sekadar kata
Bridge
Aku tak berlalu dengan membenci mu
jauh sekali aku ingin membalas luka
Aku cuma tak lagi berharap
Pada harapan yang tak mungkin nyata
Final Chorus
Dengan hati yang sarat luka
Aku melangkah tanpa menoleh
Bukanlah aku dipujuk rela
Tapi tak mampu terluka selamanya
Jika takdir menjarakkan kita
Biarlah ia menjadi pengakhir cerita
Kerana aku melepaskanmu
Masih dengan cinta…Walau hati ini amat dalam lukanya
Outro
izinkan Aku pergi
Untuk mencari cinta yang pasti
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: