Ramadhan Menyapa
Автор: DARK AGENCY STUDIO
Загружено: 2026-02-23
Просмотров: 52
Описание:
Sebuah warkah muzikal sempena awal ramadhan daripada DAS. Muzik ini disulam dengan irama rock balada lembut dan disentuh dengan sedikit fast beat melodi bagi menghidupkan irama dan maksud. DAS mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat berpuasa kepada semua kenalan muzikal di platform ini dan kepada semua pendengar. Semoga bulan mulia ini membawa seribu berkat dan keinsafan kepada semua. Semoga terhibur.
LIRIK:
Intro (perlahan, gitar clean)
Bila malam datang bersama doa
Hati yang jauh mula bertanya…
Verse 1
Ramadhan tiba membawa cahaya
Bulan berkat, rahmat dari Yang Esa
Pahala mengalir tanpa diminta
Doa yang pasrah, diangkat ke langit sana
Di sebalik sunyi sepertiga malam
Ada janji yang terlalu dalam
Lailatul Qadar penuh rahsia
Satu malam lebih baik dari seribu bulan
Pre-Chorus
Aku yang leka sepanjang tahun
Kini tunduk di hadapan-Mu
Takut bila Ramadhan berlalu
Sedang dosaku masih memburu
Chorus
Isilah Ramadhan ini ya Tuhan
Dengan sujud dan linangan taubat
Takut bila aku mensia-siakan
Bulan suci yang Kau hadiahkan
Berpuasa siang, bermunajat malam
Sedekah kecil jangan dihitung
Jika ini Ramadhan terakhirku
Terimalah aku dalam ampunan-Mu
Verse 2
Al-Quran kubuka dengan keinsafan
Ayat-Mu menikam ke dasar sedar
Zikir dan tasbih menenangkan jiwa
Yang lama hilang dalam dunia fana
Akan ku jaga setiap anggota
Lidah, mata, juga rasa di dada
Kerana satu dosa yang disimpan
Bisa meruntuhkan pahala amalan
Pre-Chorus 2
Aku tahu hidup ini singkat
Ramadhan datang membawa berkat
Tahun hadapan tak tentu bertemu
Jika ajal menjemput tanpa suara
Chorus (ulang – lebih emosi)
Isilah Ramadhan ini ya Tuhan
Dengan amal, bukan alasan
Tak mahu aku menyesal nanti
Saat bulan ini pergi tanpa kembali
Berilah aku hati yang hidup
Bukan sekadar lapar dan dahaga
Jika aku pergi kembali padamu
Biarlah Ramadhan jadi saksi taubatku
Bridge (gitar solo rock kapak )
Final Chorus (key naik – klimaks)
Ramadhan… jangan pergi dulu
Masih banyak dosaku dengan-Mu
Jika Kau izinkan aku bertemu
Terimalah aku… walau penuh debu
Outro (perlahan)
Engkau Ramadhan datang sekali
Semoga mensuci hati dan diri
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: