PURA2 TANYA ARAH, HELAH LICIK S4MUN KERETA DI PASAR RAYA
Автор: Waniey Channel
Загружено: 2026-02-22
Просмотров: 1954
Описание:
PURA2 TANYA ARAH, HELAH LICIK SAMUN KERETA DI PASAR RAYA
Seorang wanita menjadi mangsa samun selepas keretanya dilarikan oleh seorang lelaki yang berpura-pura bertanyakan arah di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Taman Putri, di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kejadian samun itu yang berlaku pada kira-kira jam 3.15 petang itu turut tular di media sosial.
Siasatan awal mendapati mangsa berusia lingkungan 70-an telah meletakkan kereta jenis Perodua Viva berwarna biru gelap sebelum berjalan masuk ke pasar raya berkenaan.
Seorang lelaki yang memakai pelitup muka menghampiri mangsa dan berpura-pura meminta tunjuk arah.
Suspek kemudian merampas kunci kereta mangsa sebelum melarikan kenderaan tersebut
Jelas beliau, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian dianggarkan kira-kira RM5,000.
Kes disiasat di bawah Seksyen 392 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: