ABANG BOMBA DIPUJI BANTU PEMANDU TERBABAS AKIBAT LEMAH, SIAP BAWAKAN KE HOSPITAL
Автор: Waniey Channel
Загружено: 2026-02-20
Просмотров: 4351
Описание:
ABANG BOMBA DIPUJI BANTU PEMANDU TERBABAS AKIBAT LRMAH, SIAP BAWAKAN KE HOSPITAL
Tindakan seorang anggota bomba dalam membantu menyelamatkan seorang pemandu sedang menjadi tumpuan orang ramai.
Video tersebut memperlihatkan seorang pemandu lelaki berumur berada di tepi jalan, lelaki tersebut dipercayai terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum didatangi Norman dan anggota bomba yang lain.
Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat begitu kaku dan menjelaskan bahawa dia tidak keluar dari kenderaan kerana tidak boleh berjalan. Menurut pemilik video, lelaki itu dikatakan ada menjalani rawatan dialisis.
Selain itu, dapat dilihat yang Norman menawarkan bantuan kepada lelaki itu untuk menghantarkan ke hospital kerana ia akan memakan masa lama untuk menunggu ambulans sampai.
Setibanya di hospital, Norman menjelaskan kepada kakitangan kesihatan bahawa lelaki tersebut pengsan ketika sedang memandu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji kebaikan Norman dalam membantu mangsa dan ada juga yang memuji cara Norman ini berkomunikasi dengan warga yang lebih tua daripadanya dengan begitu sopan dan beradab.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: