๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
ะะฒัะพั: Jabatan Perdana Menteri
ะะฐะณััะถะตะฝะพ: 2026-03-01
ะัะพัะผะพััะพะฒ: 41
ะะฟะธัะฐะฝะธะต:
PUTRAJAYA, 26 November 2025 โ Unit Komunikasi Korporat (UKK), Jabatan Perdana Menteri (JPM), telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM bertempat di Mimosa, Menara Shaftsbury. Program ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. En. Mohd Faidz bin Sanusi, Ketua Komunikasi Korporat (KKK), sebelum diteruskan dengan Amanat TKSUK JPM.
Sesi ini turut diselitkan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada rakan-rakan strategik JPM sebagai pengiktirafan terhadap sokongan berterusan mereka dalam penyampaian komunikasi kerajaan. Program kemudiannya diteruskan dengan sesi ramah mesra bersama pengamal media serta acara cabutan bertuah sebagai penghargaan atas kerjasama erat yang terjalin.
Sesi libat urus ini dihadiri oleh lebih 100 tetamu jemputan termasuk YBrs. Tn. Hamzah bin Ishak, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik), YBrs. Tn. Ghazali Abd Rahman, Timbalan Pesuruhjaya Pertahanan Awam, Ybrs. En. Azman Abdullah, Pengurus Besar Bahagian Kewangan dan Transformasi, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan YBrs. Pn. Samantha Tan, Wakil Kelab Media Putrajaya.
Penganjuran ini bertujuan mengukuhkan jaringan strategik dan hubungan sinergi antara JPM, rakan media serta agensi strategik supaya penyaluran maklumat kerajaan kekal telus, tepat dan berimpak tinggi.
#JabatanPerdanaMenteri
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#TaatSetia
ะะพะฒัะพััะตะผ ะฟะพะฟััะบั...
ะะพัััะฟะฝัะต ัะพัะผะฐัั ะดะปั ัะบะฐัะธะฒะฐะฝะธั:
ะกะบะฐัะฐัั ะฒะธะดะตะพ
-
ะะฝัะพัะผะฐัะธั ะฟะพ ะทะฐะณััะทะบะต: