๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
ะะฒัะพั: Jabatan Perdana Menteri
ะะฐะณััะถะตะฝะพ: 2026-03-01
ะัะพัะผะพััะพะฒ: 7
ะะฟะธัะฐะฝะธะต:
PUTRAJAYA, 15 Disember 2025 โ Perhimpunan Bulanan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) bersama warga Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diadakan sebagai perhimpunan penutup tirai tahun 2025 bertemakan โMenelusuri Pencapaian, Melakar Kecemerlanganโ. Perhimpunan ini turut meraikan pelbagai pencapaian cemerlang JPM sepanjang tahun 2025 yang mencerminkan komitmen berterusan warga jabatan dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan secara inklusif dan holistik.
Dalam ucapannya, YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kejayaan strategik yang dicapai, antaranya pengiktirafan Anugerah Pengurusan Industrialised Building System (IBS) Terbaik Kategori A, pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI dan Program Sekolah Angkat MADANI JPM, serta kecemerlangan Unit Komunikasi Korporat (UKK) yang berjaya meraih Anugerah Platinum Pengurusan Aduan Awam Kementerian 2025. UKK turut memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat serta pengukuhan komunikasi korporat JPM, termasuk mempromosikan Malaysia sebagai tuan rumah Kepengerusian ASEAN 2025 di Kuala Lumpur, sekali gus memperkukuhkan imej JPM di peringkat nasional.
Pada perhimpunan ini juga, beliau telah merasmikan Pelancaran Pelan Strategik dan Pelan Pengurusan Risiko Jabatan Perdana Menteri 2026โ2030 yang akan menjadi kompas hala tuju JPM bagi tempoh lima tahun akan datang.
Foto oleh: Muhammad Faiz bin Norzani (Pejabat TKSUK) dan Ahmad Farid bin Kamaruddin (UKK JPM)
#JabatanPerdanaMenteri
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#TaatSetia
ะะพะฒัะพััะตะผ ะฟะพะฟััะบั...
ะะพัััะฟะฝัะต ัะพัะผะฐัั ะดะปั ัะบะฐัะธะฒะฐะฝะธั:
ะกะบะฐัะฐัั ะฒะธะดะตะพ
-
ะะฝัะพัะผะฐัะธั ะฟะพ ะทะฐะณััะทะบะต: