[Retorik Mixtape] Track 03 - Gwakil
Автор: Retorik
Загружено: 2020-08-14
Просмотров: 167
Описание:
#RetorikMixtape #2020
Retorik - Gwakil
(Hook)
1 untuk 1 penting dalam hidup
2 untuk 2 kali fikir sebelum ikut
3 untuk 3 kali salam sebelum beri
4 kerat pantun yang jual tiada siapa beli
Hidup ada formula, semua pasal nombor
They say life is a gamble, bukan Sports Toto
Atau sukan menembak, ini sukan Polo
Kena ada goals, jangan lost, takde Marco, solo
So kena biasakan persekitaran tenang
Macam win-win situation, semua orang menang
Strike licin semua pin-pin, takyah pakai spare
Sedia pimpin macam tempo ikut kick ataupun snare
Yang bersuara dalam mesyuarat kalau lantang pasti semua orang dengar
Dan isu penting jangan ketepikan, soal rakyat perlu diketengah
Apa guna mengundi? Bukan show, ni reality
Yang liability takyah simpan, bukan ke nanti rugi?
Kita semua sama class, tak perlu berlagak
Tak perlukan majlis untuk semua berarak
Ni suara majoriti bukan sekadar menyalak
Lihat merpati putih sebelum gagak melalak
(Hook)
1 untuk 1 penting dalam hidup
2 untuk 2 kali fikir sebelum ikut
3 untuk 3 kali salam sebelum beri
4 kerat pantun yang jual tiada siapa beli
Sebelum ada virus, dah bertopeng muka
Sebelum terkurung, pekong dah biasa buka
Yang tak fikir orang lain tu confirm mental
Lockdown komuniti, penjarakan sosial
Orang taknak jujur kalau tak jujur
Setakat janji mulut baik tangan menghulur
Lepas heboh, kecoh, baru menggelupur
Waktu tu dah terlambat, nasi dah jadi bubur bro
Yang cuma lagak depan kamera, action
Yang tak biasa masak tiba-tiba pakai apron
Yang list attendance sebelum ni absent
Nak bawak satu kampung pun tak boleh handle
Kumpul pandangan tapi tetap tak nampak
Alasan bajet tapi hartanya berlambak
Dilantakkan orang sambil melahap melantak
Meja bulat sambil ketawa terbahak-bahak
So mana hak mereka yang tertindas?
Tolong cari jalan, takkan idea tak terlintas?
Indah khabar dari rupa macam tatarias
Jangan sampai dicantas awal macam janda berhias
(Hook)
1 untuk 1 penting dalam hidup
2 untuk 2 kali fikir sebelum ikut
3 untuk 3 kali salam sebelum beri
4 kerat pantun yang jual tiada siapa beli
(prod. Bankrupt Beats 2020)
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: