[Retorik Mixtape] Track 01 - Isi Hati (Freestyle)
Автор: Retorik
Загружено: 2020-08-14
Просмотров: 197
Описание:
#RetorikMixtape #2020
Retorik - Isi Hati (Freestyle)
Dunia ni luas, hidup ni pendek
Gambaran masa depan bukan setakat satu minit
Harga diri air muka bukan setakat seringgit
Siap sedia sebelum duduk sebilik soal selidik
Dunia berpusing sebab tu hidup turun naik
Ada jahat dan baik, berbeza tak berkait
Bila terbiasa mengikut, mengundi dan melantik
Sebab tu yang menolak tak menarik- bagi mereka
Yang fasih berdebat dengan yang tak reti mengeja
Menyajikan buah akal tanpa ada meja/major
Get it? Yang berkemeja tak semestinya berkereta
Dan hidup bukan semua pasal date macam calendar
Cinta tak buta, ini ku punya pandangan
Sebab cinta yang nampak siapa kau punya pasangan
Jika berpegang pada janji kena ada pegangan
Tidak mahu masalah jangan buat perangai
Macam isu panas, ramai yang tak chill
Ringan tulang membahas, beratnya tak diambil
Tak dengar pada kata, lihat aksi dan hasil
Yang namanya jutawan masih tiada common sense/cents
Kata mula dari bawah cerita cuma ikut trend
Hakikatnya underpaid, gaji tak ikut plan
Semua janji yang ditandatangani hujung pen
Kuli dikerah kudrat, untuk beli another Benz
Yang berpendapatan tinggi tapi rendah moraliti
Apa guna jadi menteri sekadar berpolitik
Dengan semua polemik, tajuknya masih sama
Main teka-teki siapa, rakyat bagaimana?
Sistem bagaimana? Tanya Nelson Mandela.
Revolusi bagaimana? Tanya Che Guevara.
Tak banyak berubah selepas bertukar bendera dan merdeka
Yang sudah kaya masih mahu beli mentega
Fikir masak-masak tanpa perlu makan masa
Generasi genius perlu mencari kuasa
Perlu bijak supaya tak dipijak
Semua gerak langkah perlu ada di minda
Supaya memberi, supaya tak memintak
Supaya yang buta hati dapat melihat
Apa yang tersirat, apa yang tersurat
Apa yang terbuku, berapa mukasurat
Semua intipati, semua maklumat
Semua isi hati setiap insan
Jutaan manusia cuma perlu berbelas ihsan
Mungkin sudah cukup daripada cuma kasihan
Dunia ni luas, dan ini cuma iklan
Sekadar sajian untuk kalian menyaksikan
Macam hidup ni filem, sebab tu ramai yang berlakon
Ramai lagak jaguh tapi sebenarnya rabun
Takleh pergi jauh sebab visi kurang jelas
Kena set yang kita semua sama takde kelas
Jadi takyah sekolahkan, cuma membimbing
Jalan yang sukar nak lintas kena ada pemimpin, right?
(prod. Bankrupt Beats 2020)
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: