AAM 2021; KISAH Firaun itu ءایة [sebagai suatu TANDA membuktikan kekuasaan Allah].
Автор: Halaqah Abu Anas Madani.
Загружено: 2021-09-10
Просмотров: 367
Описание:
AAM 2021; KISAH Firaun itu ءایة [sebagai suatu TANDA membuktikan kekuasaan Allah]
.
#kapsulQS26:67-68
Tadabbur Surah Asy-Syu'ara' الشعراء
Siri ke-5 Ayat 52-68
Jumaat 27 Zulhijjah 1442H 6.8.21
.
HIKMAH dan IBRAH Ringkas
[ Ayat 67-68 ]
• Kekecewaan dan kemarahan Firaun yang TEWAS di gelanggang "perlawanan sihir", terus membara akibat berSUJUDnya ahli-ahli sihirnya (kepada Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun); setelah menyaksikan kebenaran tauhid (yang akhirnya syahid dibunuh). Dan telah sampai di kemuncaknya!
.
• Allah perintahkan Nabi Musa a.s membawa kaumnya, meninggalkan bumi Mesir di waktu malam; menuju ke arah pantai (Laut Merah) kerana akan diburu oleh tentera-tentera Firaun.
.
[ Setelah tiba di pantai, Nabi Musa a.s dan kaumnya terkepung; di antara laut dalam dan kemaraan bala tentera Firaun! ]
.
• Sesungguhnya, mukjizat tongkat Nabi Musa a.s (yang membelah kering lautan, dalam beberapa jalur laluan), dan kisah mati lemasnya Firaun serta didamparkan jasadnya semula ke pantai; merupa suatu "TANDA" ءایة yang membukti kekuasaan Allah untuk diambil pengajaran. Tetapi terlalu sedikit yang berbuat demikian!
.
[ Salah satu keistimewaan Surah Asy-Syu'ara', terdapatnya ayat
-----
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ
.
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani
-----
yang diulang LAPAN kali (Rujuk Ayat 9, 68, 104, 122, 140, 159, 175 dan 191). Apakah hikmahnya?
Tunggu siri akhir Tasir Surah Asy-Syu'ara' nanti ]
.
Wallahu'alam
.
Ya Allah, permudahkanlah urusan peluang dan ruang; untuk bersama menekuni mentadabbur Al-Quran-MU Ya Allah.
Lembutkan hati kami;
Lapangkan dada kami;
dan
Redhailah ilmu yang dikongsikan TG Dato Dr Abdul Basit Abdul Rahman, semoga ianya menjadi ilmu yang bermanfaat; Insya-Allah.
.
Kredit : kapsul disunting dari Tafsir Surah Asy-Syu'ra' siri ke-5, oleh TG Dato' Dr Abdul Basit Abdul Rahman
https://www.facebook.com/AbuAnasMadan...
.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: