ycliper

Популярное

Музыка Кино и Анимация Автомобили Животные Спорт Путешествия Игры Юмор

Интересные видео

2025 Сериалы Трейлеры Новости Как сделать Видеоуроки Diy своими руками

Топ запросов

смотреть а4 schoolboy runaway турецкий сериал смотреть мультфильмы эдисон
Скачать

Mee Siam Goreng Taucu

Автор: Nasser's Kitchen

Загружено: 2021-10-15

Просмотров: 46938

Описание: Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah mee siam goreng. Resepi ini saya belajar daripada ibu mentua saya dan memang menjadi kegemaran keluarga kami. Mudah untuk disediakan dengan hanya beberapa bahan asas sahaja. Tanpa berlengah lagi, jom kita ke dapur.

Bahan utama yang kita perlukan 400g mee siam atau mee hoon. Saya gunakan jenama burung nuri kerana tidak mudah hancur apabila digoreng. Rendam mee dengan air sejuk untuk 30 minit untuk melembutkan mee. Elakkan menggunakan air panas kerana air panas boleh mengaktifkan kanji secara berlebihan dan menyebabkan mee melekat semasa digoreng.

Kita juga perlukan 150g daging dihiris seperti ini. 150g udang. Rebuskan kulit dan kepala udang dalam 400ml atau 1 1/2 cawan air untuk 15 minit. Air rebusan ini akan menambahkan lagi perisa mee nanti.

3 sudu besar udang kering dikisar. Berat setelah dikisar dalam 25g.
2 keping tahu, digoreng dan dipotong kecil.

3 1/2 sudu besar cili kisar ( 100g),2 sudu besar taucu hancur (70g)
, 1 mangkuk taugey ( 170g) , 1/2 mangkuk kucai ( 70g)

2 biji bawang merah dan 7 ulas bawang putih. Bahan-bahan ini perlu dikisar. Untuk kuantiti kecil saya gunakan hand blender sahaja. Tambahkan sedikit air dan kisar sehingga halus. Setelah dikisar, ketepikan dahulu.

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar tadi. Bila bawang mula kelihatan garing , masukkan cili kisar. Ini langkah yang penting kerana cili dan bawang perlu betul-betul masak untuk mengelakkan rasa bawang dan cili yang mentah. Ini akan merosakkan rasa mee kita nanti. Bila sudah garing seperti ini, masukkan daging. Di ikuti udang kering kisar. dan taucu. Gaulkan supaya sebati. Tambahkan air rebusan kulit udang tadi. Kalau tak ada boleh gunakan air sahaja.

Bila sudah mula menididih, tambahkan 3 sudu besar gula. Mungkin ada yang rasa banyaknya gula! Tetapi untuk mee siam, rasa manis penting untuk mengimbangkan rasa masin dan pedas bahan-bahan lain. Kalau nak kurangkan boleh, ikut cita rasa masing-masing.

1 sudu kecil garam atau secukup rasa. 1 sudu kecil serbuk perasa jika suka. Kacau! Jangan Tak Kacau!

Masak sehingga naik minyak seperti ini, dan masukkan udang. Kepingan tahu yang telah digoreng. Gaulkan dan masak untuk 1-2 minit. Sekarang masukkan mee yang telah direndam tadi.

Gaulkan mee supaya sebati. Bergantung kepada mee jenama mee hoon atau mee siam yang anda gunakan , jika kelihatan terlalu kering , tambahkan sedikit lagi air.

Untuk memudahkan proses menggaul mee, saya gunakan dua supid seperti ini. Balikkan dan pusingkan mee.

Merasa masakkan kita semasa memasak satu amalan yang baik kerana setiap kali kita masak, bahan-bahan yang digunakan tidak sama. Oleh itu ada kalanya kita perlu mengimbangkan perisa dengan menambah gula, garam atau apa-apa bahan yang diperlukan. Di sini saya tambahkan sedikit lagi garam, dan juga gula.

Masukkan tauge , dan juga kuchai. Kedua bahan-bahan ini dimasukkan pada akhir masakan agar masih lagi rangup dan tidak layu sewaktu dihidangkan. Gaulkan rata. Dan hidangkan dengan hiasan potong telur dadar, bawang goreng dan potongan cili merah. Sungguh menyelerakan sebagai sarapan pagi atau minum petang bersama keluarga. Selamat mencuba!

Не удается загрузить Youtube-плеер. Проверьте блокировку Youtube в вашей сети.
Повторяем попытку...
Mee Siam Goreng Taucu

Поделиться в:

Доступные форматы для скачивания:

Скачать видео

  • Информация по загрузке:

Скачать аудио

Похожие видео

Effa Rizan - BIHUN GORENG TAUCU !

Effa Rizan - BIHUN GORENG TAUCU !

Я бы могла есть эту лапшу ВЕСЬ ДЕНЬ! | Mee Siam Goreng | Кухня Мэрион

Я бы могла есть эту лапшу ВЕСЬ ДЕНЬ! | Mee Siam Goreng | Кухня Мэрион

637. Котлеты и картошка фри на ужин

637. Котлеты и картошка фри на ужин

Bihun Goreng Siam | Cara orang lama..sedap

Bihun Goreng Siam | Cara orang lama..sedap

Mi Hoon Goreng Taucu ala Kak Ani

Mi Hoon Goreng Taucu ala Kak Ani

Аня, где вы берете эти лепёшки? - Пеку сама, показываю, как это просто!

Аня, где вы берете эти лепёшки? - Пеку сама, показываю, как это просто!

Bihun Goreng Siam

Bihun Goreng Siam

Super Delicious Recipe Mee Siam Singapore (Translate in English, Chinese and Arabic)

Super Delicious Recipe Mee Siam Singapore (Translate in English, Chinese and Arabic)

Bihun Goreng Taucu | Resepi Bihun Goreng Taucu Paling Simple & Sedap | Menu Ringkas Tapi Penuh Rasa|

Bihun Goreng Taucu | Resepi Bihun Goreng Taucu Paling Simple & Sedap | Menu Ringkas Tapi Penuh Rasa|

Ich brate keine Kartoffeln mehr! Nur wenige kennen diesen Trick! Einfach und lecker!

Ich brate keine Kartoffeln mehr! Nur wenige kennen diesen Trick! Einfach und lecker!

❗Только молоко и сгущенка! Рождественский десерт за 10 минут без духовки, муки и желатина!

❗Только молоко и сгущенка! Рождественский десерт за 10 минут без духовки, муки и желатина!

充满古早味的传统米暹!Flavourful Traditional Mee Siam!

充满古早味的传统米暹!Flavourful Traditional Mee Siam!

Fried Mee Siam Recipe #sweethomekitchen #friedmeesiam #meesiamrecipe #meesiamgoreng

Fried Mee Siam Recipe #sweethomekitchen #friedmeesiam #meesiamrecipe #meesiamgoreng

The ULTIMATE Singapore Mee Siam Recipe!

The ULTIMATE Singapore Mee Siam Recipe!

Resepi Kari Kepala Ikan

Resepi Kari Kepala Ikan

Bihun Goreng Siam Versi Tokwan ‼️

Bihun Goreng Siam Versi Tokwan ‼️

Знаменитый французский йогуртовый торт за 5 минут! Секретный бабушкин торт!

Знаменитый французский йогуртовый торт за 5 минут! Секретный бабушкин торт!

Ich brate keine Zwiebel mehr! Nur wenige Leute kennen diesen Trick! Einfach und lecker!

Ich brate keine Zwiebel mehr! Nur wenige Leute kennen diesen Trick! Einfach und lecker!

Просто смешайте 3 яйца и консервированный тунец! Тунец, который сводит с ума!

Просто смешайте 3 яйца и консервированный тунец! Тунец, который сводит с ума!

Fish Sauce Fried Bee Hoon 鱼露炒米粉 |  Mr. Hong Kitchen

Fish Sauce Fried Bee Hoon 鱼露炒米粉 | Mr. Hong Kitchen

© 2025 ycliper. Все права защищены.



  • Контакты
  • О нас
  • Политика конфиденциальности



Контакты для правообладателей: [email protected]