LAWATAN GOVERNOR OF HMP ISLE OF WIGHT DAN GOVERNOR OF HMP HUNTERCOMBE KE PENJARA SEBERANG PERAI
Автор: PRIDE TV
Загружено: 2022-01-27
Просмотров: 789
Описание:
25 Januari 2022 (Selasa) - Pihak institusi Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah menerima Lawatan Lapangan oleh (2) orang pegawai hasil dari jalinan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia bersama Her Majesty's Prison Of Probation Service (HMPPS), United Kingdom iaitu En. Douglas Graham, Governor Of HMP Isle Of Wight dan En. David Redhouse Governor Of HMP Huntercombe.
PKK Khairil Nizam bin Anuar, Pengarah Penjara Seberang Perai diiringi PP S.Tanabal a/l Socklingam bersama-sama beberapa orang pegawai kanan telah membawa pelawat bagi melawat ke kawasan sekitar penjara antaranya Klinik Penjara, Blok Penempatan Banduan, Bengkel Usahasama, Bengkel Katering, Pejabat Rekod Wanita, Tapak Penanaman Nenas "PSP Sweet Pineapple" institusi dan Unit K9.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman pengurusan dalam pengurusan kepenjaraan.
Pihak institusi amat berbesar hati menerima lawatan lapangan ini dan merakamkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rombongan.
Terima kasih
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: