PENDEDAHAN MENGEJUTKAN 4NGGOTA P0LIS PER4NGKAP DAN PERAS VGVT BEKAS PESALAH D4D*H
Автор: Waniey Channel
Загружено: 2026-02-17
Просмотров: 16287
Описание:
PENDEDAHAN MENGEJUTKAN ANGGOTA PO0LIS PER4NGKAP DAN PERAS VGUT BEKAS PESALAH D4D*H
Beberapa individu yang mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah mendakwa menjadi mangsa anggota unit narkotik. Mereka mendakwa diperas ugut dan diperangkap dengan barang terlarang, meskipun keputusan ujian air kencing negatif.
Menurut dakwaan, bekas pesalah dikenakan pemantauan berterusan dan berdepan risiko dituduh semula di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya, yang membawa hukuman penjara dan sebatan. Satu rakaman video didakwa menunjukkan anggota polis dari IPD Kubang Pasu menahan seorang pekerja dan kononnya menemukan barang.
................................
BACA kenapa Aku lawan..
Dalam kes ujian saringan air kencing, ramai OKT ini memilih untuk mengaku bersalah sebaik keputusan hasil ujian saringan awal dijalankan unit Narkotik.
Kononnya, selepas mengaku bersalah bayar denda RM1,500 kemudian boleh balik kerana mereka tidak tahu selepas disabitkan kesalahan Sek. 15 (1) ADB, untuk kali kedua, pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 39C (1)(b) ADB.
Hukuman adalah wajib penjara tidak lebih 5 tahun dan sebatan tidak lebih tiga sebatan jika disabitkan kesalahan kedua.
Pertuduhan kedua dibuat berdasarkan rekod atas kesalahan pertama, bermaksud sekiranya Narkotik tangkap dan tuduh untuk kali kedua anda berdepan hukuman WAJIB penjara dan sebatan.
Disebabkan takut dikenakan pertuduhan kali kedua membuatkan individu mempunyai rekod kesalahan Seksyen 15 (1) menjadi mangsa segelintir anggota unit Narkotik.
Jika ujian air kencing anda negatif maka mereka ini "belanja" barang, sebab itu ada kes bekas pesalah tidak diambil sampel urine turut berdepan tuduhan.
Samada tunjuk rumah serta perangkap tokan atau anda sendiri yang ditangkap kemudian dikenakan pertuduhan Seksyen 39C dan jika anda tidak mahu ditangkap maka anda kena bayar.
Sebulan RM500 atau RM250 bergantung kawasan, jadi walaupun bekas pesalah tidak lagi mengambil barangan terlarang.
Individu itu tetap dalam pemerhatian unit Narkotik, selepas disabitkan atas kesalahan pertama kerana Narkotik mahu kenakan anda bagi pertuduhan kali kedua yang cukup ditakuti oleh bekas pesalah.
Seperti mana berlaku ke atas bekas pesalah suami isteri yang mana menjalankan perniagaan bundle di Kedah.
Unit Narkotik setiap bulan datang ke rumah malah ke kedai mereka, buat-buat geledah dan kononnya menemukan barangan.
Dalam rakaman ini adalah Unit Narkotik IPD Kubang Pasu yang menahan pekerja kepada bekas pesalah dadah kononnya menemukan barang.
"Aku suruh hang cari orang... Aku buat hang 12(2) Aku kata hari tu kan..."
"Hari tu Aku kata apa, kalau dapat hang sekali lagi mampuih hang aku buat.."
Aku tak suci, minum ketum jika dipelawa, telan pil goyang ketika ke kelab ketika muda tapi Aku tidak aniaya orang seperti mana hangpa pedajal orang.
Anggap ini mukadimah!
Oh! Polis jangan risau, Aku akan hantar rakaman ini beserta nama lengkap anggota yang terlibat secara rasmi kepada Jabatan Pematuhan Standard & Integriti Bukit Aman.
Eh, malam ni ke terawih?
Salam Ramadan Al-Mubarak.
Nota kaki: sebab itu jangan komen acah-acah Aku.
Kredit: Yuseri Yusoff
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: