Negara Paling Banyak Hutang Di Dunia
Автор: APHD Channel
Загружено: 2023-04-13
Просмотров: 105865
Описание:
Join "Membership" APHD Channel dan pilih "Exclusive video" untuk mendapatkan akses video eksklusif
JOIN NOW
► / @aphdchannel
Anda juga boleh download Mobile Apps APHD Channel dan langgan "subscription" untuk mendapatkan dokumentari "Exclusive" , Tanpa Iklan dan Early Access
DOWNLOAD NOW
► https://linktr.ee/aphdchannel
_______________
Negara Paling Banyak Hutang Di Dunia
Hampir semua negara maju dan berkembang mempunyai hutang, dan sememangnya tidak ada negara yang boleh lari daripada melakukan hutang. Menurut Institute of International Finance (IIF), hutang-hutang oleh negara di seluruh dunia jika digabungkan nilainya, mencecah sebanyak 300 trilion USD pada tahun lepas.
Hutang yang dipinjam setiap negara dimanfaatkan untuk keperluan yang berbeza-beza. Ada yang digunakan untuk membantu keperluan jangka pendek, dan ada pula yang digunakan untuk membiayai projek jangka panjang. Walaupun begitu, jumlah hutang sesebuah negara ini tidaklah menunjukkan prestasi ekonomi negara tersebut.
Sebaliknya, ia bergantung kepada kemampuan sesebuah negara itu untuk membayar semula jumlah yang dipinjam. Ramai yang percaya bahawa jika ekonomi sesebuah negara itu stabil, kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan dan tidak ada lagi hutang. Tetapi sememangnya dapat dilihat bahawa, walaupun perbelanjaan kerajaan terus meningkat, jurang antara perbelanjaan dan hasil yang diunjurkan akan semakin kecil.
Selain itu, faktor utama peningkatan hutang di kebanyakan negara adalah disebabkan penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada tahun 2019. Sehingga hari ini, banyak negara yang masih dalam usaha untuk pemulihan ekonomi pasca pandemik.
Jadi, dalam video kali ini kita akan melihat negara dengan hutang yang paling banyak di dunia. Teruskan menonton.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: