JOM LEPAK DI PANTAI BATU FERRINGHI
Автор: Channel 20 sen (Channel 20 sen)
Загружено: 2019-12-25
Просмотров: 5792
Описание:
#channel 20sen
Lokasi Pantai Batu Ferringhi terletak hanya 15 km dari bandar Georgetown. Di sepanjang laluan tepi pantai barat laut Georgetown itu banyak deretan resort bertaraf antarabangsa. Ia adalah pantai yang popular di Pulau Pinang.
Batu Ferringhi adalah salah satu lokasi percutian popular di Pulau Pinang. Ia adalah kawasan pantai yang cantik dengan kemudahan hotel penginapan serta berbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk pelancong.
Berjemur di bawah matahari atau menikmati tiupan bayu sementara anda mencuba aktiviti lain seperti meluncur angin atau parasailing hinggalah berkayak.
Di sini anda dapat berjalan di atas pasir pantai yang terbentang luas sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman, mendengar deruan ombak menghempas pantai.
Selain itu anda juga boleh melakukan dengan aktiviti sukan air yang lain seperti jet ski, banana bot dan yang menarik menaiki kuda di tepi pantai.
Nak buat BBQ dengan keluarga atau kawan-kawan di tepi pantai pun boleh. Buat beberapa games sesama sendiri, menikmati pemandangan laut dan melihat matahari terbenam sambil santai-santai masa percutian di situ.
Di Batu Ferringhi juga meriah dengan bazar-bazar yang menjual pelbagai barangan perhiasan hingga barangan cenderahati yang menarik.
Sambil berkelah anda boleh menikmati makanan negeri Pulau Pinang yang boleh di dapati kedai makanan ataupun restoran berdekatan.
Kepada meraka yang ingin ke Pulau Pinang pastikan anda singgah di Pantai Batu Ferringgi ini bagi merehatkan minda anda yang berserabut.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: