Piala Buluh Perindu 2025 - Wahana Deksu
Автор: Durbar Dua
Загружено: 2025-05-07
Просмотров: 2467
Описание:
Tema: "Pelik tapi Benar"
Senikata: Khairunisak Hussain
Lagu Ciptaan: Rohasliza Rohmadon
"Doom Scrolling"
Juara:
Sang Kelinci pintas lari kejar masa
Sudah lambat jari saat sudah songsang
Sang Kelinci hempas-pulas cari mangsa
Sudah lewat tergelincir dalam lubang
Raba-raba dalam gelap cari jalan
Cahaya peranti bersuluh gantian
Pura-pura alam maya jadi teman
Celik akal buta huruf dalam talian
Putar-putar tanpa arah cari jawapan
Nescaya terikut jentera carian
Ura-ura dalam hati kuat iman
Pelik betul tapi benar alam godaan
Karut Yengki:
Lapan jemari hampir berjumpa
Dua ibu renggang terpisah
Turun naik telusur berita
Minda menyerap hati berserah
Tegak tengkuk makin membongkok
Jarak tengok makin tersorok
Gelak galau makin seronok
Serak serabut minda mendongok
Karut Kelantan:
Hilang kawal punah rasa
Tatal dari atas bawah
Hilang kawan gundah rasa
Gagal cari punca balah
Gumpal darah sekat minda
Makin tebal badan rebah
Ketul-ketul urat mata
Jana murung mangkin resah
Makin rapat makin dekat
Mata ligat dek maklumat
Makin minat makin cepat
Jari lompat dek makrifat
Lihat gambar dah curiga
Yang pelik masih dahaga
Baca warta rasa hiba
Benar ini dunia nyata
Karut Temasek:
Sang Kelinci cari apa?
Klik, taip, tatal, baca
Instagram buka, Facebook buka
Tengok gambar cemburu buta
Kawan bercuti di Osaka, sepupu baru beli Tesla
Mula banding berlaga-laga tapi tetap ‘nak tengok juga
Klik, taip, tatal, baca
Mula-mula niat ‘nak sekejap saja
Eh ini berita perang dunia, mana pergi semua kuasa?
Artis ini kahwin lagi, artis ini cerai pula
Tiga jam kemudian, tengkuk derita, mata sengsara, hati membara
Klik, taip, tatal, baca berjela-jela
‘Nak salahkan kecerdasan buatan, aturan algoritma
atau pilihan sendiri semata-mata?
Karut Matang:
Urut jemari regangkan anggota
Pasti simpul akan terlerai juga
Huraian pertama, batasan perlu ada
Dek kemaslahatan para pengguna
Huraian kedua, cari yang berwibawa
Bagi kesejahteraan semua
Lagu Penutup:
Tuntut ilmu zaman berzaman
Beza cara tujuan sama
Kelinci jangan cari ilmu yang bukan-bukan
Asalkan pandai elak malapetaka
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: