MAJLIS SANTAPAN DIRAJA UTM 2022
Автор: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Загружено: 2022-07-17
Просмотров: 6315
Описание:
PERMAISURI JOHOR SERU ALUMNI MENYUMBANG KEPADA PERTUMBUHAN UTM
DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, selaku Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), menyeru kepada para alumni untuk menyumbang dalam apa jua bentuk kepada pembangunan dan pertumbuhan universiti itu.
“Walaupun sudah bergelar alumni, kembalilah ke universiti tempat anda menimba ilmu dan membina sahsiah serta keperibadian. Pelbagai bentuk sumbangan dapat disalurkan kembali kepada universiti selain wang ringgit, malah pengalaman, kepakaran serta peluang perkongsian teknologi dapat dihulurkan demi kebaikan bersama.
“Setiap agama menggalakkan penganutnya untuk membantu dan menolong orang lain melalui pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan. Saranan dalam Islam menggalakkan penganutnya untuk berbuat baik yang antaranya bersedekah dan menderma kepada yang memerlukan,” titah Baginda Tuanku Permaisuri.
Baginda bertitah demikian ketika ucapan sempena Majlis Santapan DiRaja UTM 2022 di Persada Johor, malam ini (16 Julai).
Turut berangkat, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda.
Bersempena majlis itu, lebih RM4.7 juta telah berjaya dikumpul hasil sumbangan oleh syarikat korporat, pemain industri, serta individu - antaranya, Yayasan Johor Corporation dan Johor Port.
Tuanku Raja Zarith bertitah menzahirkan ucapan syabas dan rasa terharu dengan sokongan dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh semua penyumbang dalam membantu UTM mencapai kecemerlangannya.
Namun, Baginda tidak menafikan bahawa dana kerajaan juga amat penting dalam membantu merencana dan memperhebat kecemerlangan UTM di peringkat global.
Seramai 750 pelajar telah menerima manfaat menerusi aktiviti pendanaan UTM berjumlah sekitar RM25 juta dalam bentuk Biasiswa Endowmen, manakala pelajar antarabangsa juga tidak ketinggalan seperti menerusi program Serambi Al-Quds yang bertujuan membantu pelajar dari Palestin dengan anugerah biasiswa.
“Sebagai Canselor, saya berbangga dan suka melihat UTM amat keterhadapan dalam melaksanakan aktiviti peningkatan dana bagi membantu pelajar yang memerlukan untuk mendapat peluang melanjutkan pengajian di Universiti,” titah Baginda.
~~~~~
PERMAISURI JOHOR CALLS ON ALUMNI TO CONTRIBUTE TO UTM’S GROWTH
HM The Permaisuri of Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, as the Chancellor of Universiti Teknologi Malaysia (UTM), called upon the university’s alumni to contribute in any way they can to its development and growth.
“Eventhough you have become alumni, do come back to the university where you gained knowledge and built character. You can help in other ways besides monetary contributions, such as sharing experiences, expertise and technology for mutual benefit.
“All religions encourage their believers to help those in need in anyway they can. So does Islam with its tenets regarding charity and donations to the needy,” said Her Majesty.
Tuanku Raja Zarith Sofiah was speaking at the 2022 UTM Royal Gala Dinner at Persada Johor, this evening (16 July).
Also gracing the event was HH Che’ Puan Besar Khaleeda.
In conjunction with the event, over RM4.7 million was raised from contributions by the corporate sector, industry players and individuals - among them, the Johor Corporation Foundation and Johor Port.
HM The Permaisuri said she was touched by the support and concern from all donors in helping UTM attain its success.
However, Her Majesty also did not deny the importance of government funding in helping UTM improve its success and standing at a global level.
750 students have benefited from UTM’s fundraising efforts in the form of its Endowment Scholarship worth around RM25 million, whilst international students were also not left behind through programmes such as the “Serambi Al-Quds” which provided scholarships to Palestinian students.
“As Chancellor, I am proud of UTM’s progressive fundraising efforts to help students in need gain the opportunity to further their studies at the University,” said Her Majesty.
#theroyaljohor
#royalpressoffice
#johor
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: