Panduan mengisi borang permohonan pendaftaran i-akaun KWSP melalui e-mel
Автор: Email Rakyat
Загружено: 2020-04-04
Просмотров: 7134
Описание:
1. Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli)
Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) yang lengkap diisi dengan tulisan bertaip BUKAN menulis menggunakan pen. Borang permohonan, nama dokumen (rename) iaitu iakaundaftar_Borang_Nama Anda
2. Salinan MyKad Ahli (depan dan belakang)
Salinan MyKad (depan dan belakang), save nama dokumen (rename) iaitu iakaundaftar_MyKad_Nama Anda
Nota: Anda digalakkan untuk membuat garisan palang "UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA" di salinan MyKad anda.
3. Gambar swafoto Ahli bersama MyKad
Gambar swafoto bersama MyKad, paparan maklumat ahli PERLU JELAS bersama gambar swafoto. Save format nama dokumen (rename) iaitu iakaundaftar_Swafoto_ Nama Anda
4. Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (Cth: Bil Telefon/Kontrak pendaftaran telefon/Resit bayaran deposit).
Nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Ahli sahaja yang dibenarkan, save format nama dokumen (rename) iaitu iakaundaftar_Telefon_Nama Anda
Nota: Anda digalakkan untuk membuat garisan palang "UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA”
5. Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik Ahli
Save format nama dokumen (rename) iaitu iakaundaftar_Bank_Nama Anda
Nota: Anda digalakkan untuk membuat garisan palang "UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA“
6. Sila e-mel permohonan anda ke alamat emel: [email protected] menggunakan SUBJECT e-mel (Contoh : Pendaftaran i-Akaun Ahli Ahmad Bin Muhammad)
7. Borang dan semua dokumen sokongan perlu jelas dan tidak melebihi 3MB menggunakan format JPG/PNG/GIF dan PDF sahaja.
8. Status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel [email protected] dan anda dinasihatkan agar sentiasa menyemak notifikasi e-mel dari pihak KWSP.
Nota: E-mel yang dihantar melalui yahoo.com tidak dapat diproses disebabkan isu teknikal
9. KWSP berhak untuk menolak permohonan sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan kepada terma dan syarat pendaftaran i-Akaun (Ahli) yang ditetapkan oleh KWSP
10. Ahli hanya dibenarkan membuat permohonan secara e-mel sebanyak SATU (1) KALI SAHAJA. Sekiranya permohonan ini ditolak, permohonan seterusnya hendaklah dibuat melalui Kios/Kaunter KWSP
Download borang i-Akaun KWSP:
https://www.kwsp.gov.my/documents/201...
#Epf #kwsp #iakaunepf #ilestari #Covid19
_________________________________________________________________
Aktivis memperjuangkan hak rakyat Malaysia atas pentas individu tidak mewakili mana-mana NGO memberi khidmat nasihat dan bantuan secara PERCUMA kepada rakyat Malaysia.
Mohon kepada rakyat Malaysia untuk ‘SUBSCRIBE’ youtube RAJA EMEL sebagai tanda sokongan dan untuk mendapatkan info-info mengenai hak anda sebagai rakyat Malaysia dan pengguna.
Facebook: / rajaemel.my
Youtube: / rajaemel
Sebarang pertanyaan dan aduan, sila nyatakan diruang komen atau emel [email protected]
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: