Anwar gesa PBT daftar tapak Bazar Ramadan secara dalam talian, elak ejen kaut komisyen
Автор: Harian Metro
Загружено: 2026-01-02
Просмотров: 124
Описание:
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya memastikan agihan lot atau tapak Bazar Ramadan tahun ini dibuat secara lebih teratur, telus serta menghalang segala bentuk cubaan pihak tertentu untuk meraih komisyen sebagai ejen.
Perdana Menteri menegaskan, biarpun kerajaan tegas menghalang peranan ejen dalam mengagihkan tapak Bazar Ramadan setiap tahun, namun sistem pengurusan yang berkecamuk di sesetengah kawasan memungkinkan masalah itu kembali berlaku.
Beliau berkata demikian ditemui media selepas solat Jumaat di Masjid Jumhuriah Petaling Jaya. Turut sama hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari.
Terdahulu sebelum solat Jumaat, Anwar dan Amiruddin sempat meluangkan masa kira-kira 25 minit makan tengah hari bersama penduduk setempat di sebuah kedai makan di sini.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyarankan supaya proses pendaftaran Bazar Ramadan tahun ini dilaksana secara dalam talian supaya ia lebih telus.
Anwar juga mahu aspek kebersihan di tapak Bazar Ramadan sentiasa diambil perhatian, baik oleh peniaga mahupun PBT.
-----
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: