PENJENAMAAN SEMULA AKADEMI DARUL IFTAK KEPADA AKADEMI DARUL ILMI
Автор: Akademi Darul Ilmi
Загружено: 2023-09-14
Просмотров: 1993
Описание:
Akademi Darul Iftak telah membuat penjenamaan semula AKADEMI DARUL IFTAK kepada AKADEMI DARUL ILMI selepas menerima nasihat daripada Jabatan Mufti Negeri Kedah melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).
Untuk makluman, pihak ADI sedang melakukan proses penukaran nama semua akaun media sosial rasmi Akademi Darul Iftak kepada Akademi Darul Ilmi termasuk nama pemegang akaun (Account Holder Name) Maybank dan Bank Islam tanpa mengubah nombor akaun bank. Laman web rasmi telah diubah kepada www.akademidarulilmi.com.
Selain itu, Proses penukaran nama semua dokumen rasmi sama ada di jabatan kerajaan atau swasta juga sedang giat dilakukan berkuatkuasa September 2023.
Di kesempatan ini, pihak ADI ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan dukungan yang tidak berbelah bagi sepanjang penubuhan Akademi ini. Semoga segala usaha yang dilakukan ini diredhai Allah dan membantu pihak Akademi dalam menggapai misi dan visinya.
Sekian, terima kasih.
USTAZ MOHAMAD WADI ANNUAR BIN AYUB
PENGERUSI AKADEMI DARUL ILMI
14 September 2023
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: