Kek Marble Senang dan Komfem Jadi
Автор: Syuhada Ratar
Загружено: 2020-08-18
Просмотров: 152
Описание:
Bahan-bahan:
*6 biji telur gred B
*170 gram gula kastor
*200 gram tepung naik sendiri
*1 tbsp ovalette
*3 tbsp susu tepung
*2 tbsp susu pekat manis
*1 penutup esen vanila
Pukul semua bahan bertanda * selama lebih kurang 3 minit dengan kelajuan meningkat sehingga paling laju. Bila adunan dah putih dan gebu, turunkan kelajuan mixer perlahan-lahan dan pukul lagi 5-10 saat sebelum berhenti.
150 gram mentega dicairkan dengan ‘double boiler method’. Masukkan ke dalam adunan semasa mentega masih suam.
Kaup balik dari bawah ke atas supaya mentega tak bertakung di bahagian bawah. Kaup balik hingga adunan sebati dengan mentega cair tadi. Tuang ke dalam loyang dan corakkan mengikut kreativiti.
Panaskan oven pada suhu 180 darjah selama 5-10 minit.
Masukkan adunan di tingkat paling bawah. Bakar pada suhu 150 darjah selama 50-60 minit bergantung kepada oven.
Saya guna loyang 9x9x3 inci. Oven yang digunakan ialah 42L.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: