XSR Family Day 2026 Part 5
Автор: AFun Tiger 啊范老虎
Загружено: 2026-02-01
Просмотров: 128
Описание:
XSR Family Day 2026 | Part 5 bermula dengan pagi yang penuh semangat dan gelak ketawa 😄☀️
Suasana pagi Sabtu menjadi lebih meriah dengan kehadiran Abg Yus dari Yamaha Semenyih bersama Abah Mtigo, yang turut memeriahkan Family Day kali ini.
Aktiviti pagi dimulakan dengan sarapan Nasi Lemak, lengkap dengan sambal pedas giler 🔥— memang padu untuk naikkan tenaga sebelum aktiviti bermula.
Program Family Day diteruskan dengan Mini Futsal 5 vs 5 secara berkumpulan. Sebelum sepak mula, semua peserta melakukan senaman panas badan terlebih dahulu bagi mengelakkan kecederaan dan memastikan semua dapat enjoy permainan.
Selepas tamat Mini Futsal, tiba masa yang dinanti-nantikan — makan tengah hari 🍽️
Menu yang disediakan termasuk:
🍗 Ayam goreng
🍳 Telur dadar
🦐 Udang salai (pedas salai dia memang padu!)
Pada petang Sabtu pula, kuih-muih pusingan kedua disediakan — antaranya sandwich, roti jala, cream tart dan pelbagai lagi juadah ringan untuk lepak santai.
Aktiviti Family Day disambung dengan pelbagai permainan berkumpulan, antaranya:
Lompat tali
Lari zip zack
Baling ring ke dalam kon
Hula hoop (pass dalam bulatan dengan tangan saling berpegangan)
Semua aktiviti ini benar-benar menguji kerjasama, keseronokan dan semangat kekeluargaan dalam komuniti XSR.
🙏 Jangan lupa LIKE, COMMENT & SUBSCRIBE
Terima kasih kerana terus menyokong dan menjadi sebahagian daripada XSR Family Day 2026 ❤️
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: