EP 07 | Sejarah Awal Melaka: Di Sebalik Kejayaan & Kehebatan Empayar Melayu
Автор: Sejarah Kita Podcast
Загружено: 2026-01-23
Просмотров: 17383
Описание:
Dalam episod kali ini Audio Siar Sejarah Kita, kami mengupas kebangkitan Kesultanan Melayu Melaka sebagai titik perubahan besar dalam sejarah Alam Melayu bersama Associate Prof. Dr. Abu Hanifah bin Haris, Ketua Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Perbincangan ini membawa pendengar kembali ke awal penubuhan Melaka sekitar tahun 1400 Masihi oleh Parameswara, serta bagaimana sebuah pelabuhan kecil berkembang menjadi kuasa politik, ekonomi dan diplomasi yang berpengaruh di rantau ini.
Perbincangan turut menyentuh faktor kejayaan Melaka sebagai pusat perdagangan dunia, hubungan diplomatik strategik dengan Dinasti Ming di China, sistem tatakelola yang cekap, serta peranan tokoh seperti Hang Tuah dalam membentuk nilai kesetiaan, maruah dan kedaulatan negara. Episod ini bukan sahaja merakam sejarah, tetapi membantu kita memahami asas pembentukan negara bangsa dan identiti Melayu yang terus mempengaruhi dunia Melayu hingga ke hari ini.
Timestamp EP07
00:00 Intro
05:10 Tahun Bermula Melaka
10:00 Parameswara
20:00 Sejarah yang Sahih & Mitos
23:00 Kenapa Melaka Berjaya?
28:45 Sistem Diplomasi Melaka
36:00 Tatakelola Melaka
44:00 Perdagangan Melaka
47:30 Orang Laut
50:00 Hikayat Hang Tuah
1:01:00 Hubungan Melaka dan Semenanjung Tanah Melayu
1:05:30 Sistem Beraja
1:06:30 Identiti Melayu
1:13:00 Cabaran Pakar Sejarah
Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?
Taja episod #sejarahkita 2026
📞 +6011-1919 1783
✉️ [email protected]
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: