Kompleks Pakar Materniti Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu
Автор: Hazreeq Nor Hanif
Загружено: 2014-02-05
Просмотров: 3484
Описание:
Projek Kompleks Pakar Materniti yang bernilai RM115 juta ini telah dibina di dalam kawasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Ia adalah salah satu usaha kerajaan dalam mengatasi penambahan jumlah pesakit dan masalah kekurangan ruang yang sedia ada.
Hospital Sultanah Nur Zahirah yang terletak di dalam daerah Kuala Terengganu di atas tapak seluas 21.09 hektar di persisiran Pantai Batu Buruk. Kedudukannya yang strategik berhadapan dengan Stadium Negeri (Barat), bersebelahan dengan Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Utara), Stadium Hoki & Kompleks Akuatik Negeri Terengganu (Selatan) dan hamparan luas Laut China Selatan (Timur) menjadikannya antara mercu tanda utama di daerah ini.
Kompleks Pakar Materniti ini mempunyai kapasiti untuk merawat 312 pesakit (inpatient) dan mempunyai 25 buah dewan bersalin serta 2 buah dewan pembedahan. Pembinaan projek ini telah bermula pada hujung tahun 2008 dan dijangka akan mula beroperasi pada awal tahun 2014.
Rasional projek ini dibina adalah untuk meningkatkan kemudahan perubatan dan perkhidmatan kritikal bagi kemudahan awam. Selain daripada itu, projek ini diharap dapat memanfaatkan rakyat di sekitar Kuala Terengganu khasnya dengan mendapatkan perkhidmatan rawatan hospital bersalin yang moden dan terkini.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: