Fan Bingbing Dianugerahkan Gelaran Datuk
Автор: Dunia Artis Malaysia HQ
Загружено: 2025-08-24
Просмотров: 996
Описание:
Fan Bingbing Di anugerahkan Gelaran Datuk
Melaka, 24 Ogos 2024- Model dan pelakon terkenal China, Fan Bingbing, 43, telah dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran 'Datuk'.
Sebelum ini, Fan Bingbing telah dilantik menjadi Duta Setiakawan Pelancongan Melaka pada tahun 2024 bagi mempromosi Melaka sebagai tempat menarik untuk dilawati.
Terbaru duta pelancongan Melaka ini telah diberi pengiktirafan dengan dianugerahkan Darjah Datuk Kehormat iaitu Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran 'Datuk' kepadanya sempena ulang tahun kelahiran Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Rustam.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh telah mengesahkan perkara tersebut pada hari khamis lalu, beliau memaklumkan bahawa penganugerahan yang diberikan sebagai tanda penghargaan atas pengaruh Fan yang telah berjaya menarik ramai pelancong ke Melaka. Fan juga mampu memberi publisiti besar kepada negeri Melaka di pentas pelancongan dunia.
Penglibatan Fan sebagai Duta Pelancongan Melaka telah mencetuskan interaksi besar di platform digital. Rentetan daripada penglibatan Fan, Melaka telah berjaya merekodkan lebih 1.5 bilion tontonan di aplikasi popular China, WeChat.
Kedatangan pelancong China ke Melaka turut meningkat iaitu daripada 204, 818 orang (2023) kepada 664, 687 orang (2024).
Mengikut rekod, antara artis luar negara yang pernah dianugerah gelaran Datuk ialah Datuk Jackie Chan (2015) dan Datuk Shah Rukh Khan (2008).
Datuk Fan Bingbing yang merupakan Duta Setiakawan Pelancongan Melaka, beliau dijangka 'berkampung' di negeri Melaka pada bulan depan menjelang penganjuran Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 bertujuan untuk mempromosi Melaka.
"Sudah tentu, saya akan kembali ke Melaka. Saya akan berkongsi lagi (komitmen terhadap pelancongan Melaka) dan akan kembali ke Melaka pada September kerana terdapat banyak kerja dan usaha baharu (dalam sektor pelancongan) di sini," luahnya kepada pemberita.
Tahniah, Datuk Fan Bingbing.
Dunia Artis Malaysia HQ
#duniaartis
#duniaartismalaysia
#DutaPelancongan
#FanBingbing
#fyppppppppppppppppppppppp
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: