PODCAST SANTAI "SECAWAN KOPI, SEGUNUNG HIKMAH : Catatan Penerima HLP KPM"
Автор: Cikgu Hasnan Salim
Загружено: 2025-12-16
Просмотров: 320
Описание:
Selamat datang ke Podcast Santai “Secawan Kopi, Segunung Hikmah: Catatan Penerima HLP KPM” ☕✨
Dalam episod khas ini, Cikgu Muhammad Hasnan bin Mohd Salim bersama Cikgu Janin anak Janting berkongsi kisah sebenar dan catatan peribadi sebagai penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) KPM 2023.
Perkongsian ini bukan sekadar tentang bagaimana mereka mendapat HLP, tetapi lebih kepada realiti, cabaran dan hikmah sepanjang perjalanan menyambung pengajian.
Sesuai untuk guru-guru yang masih teragak-agak sama ada mahu sambung belajar atau tidak, atau yang sedang mencari idea, sebab dan inspirasi untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam kerjaya pendidikan.
🎯 Antara topik santai yang disentuh:
• Titik mula dan niat sebenar menyambung belajar
• Persediaan sebelum melangkah ke dunia pascasiswazah
• Realiti dan cabaran semasa pengajian
• Hikmah, refleksi dan pesanan buat warga guru
☕ Sambil hirup kopi, dengarlah kisah penuh inspirasi ini iaitu kisah dua guru yang melangkah mencari ilmu, menghadapi cabaran, dan menemui hikmah dalam perjalanan mereka. 🌿
#PodcastSantai #SecawanKopiSegunungHikmah #HLPKPM #GuruMalaysia #InspirasiGuru #KPM
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: