Facundo Garces Cemerlang Dalam Memastikan Kemenangan Alaves ke atas Athletic Bilbao
Автор: SUKAN KINI
Загружено: 2025-09-13
Просмотров: 996
Описание:
Pertahanan Harimau Malaya, Facundo Garces tampil hebat dan cemerlang dalam memastikan kemenangan berharga dicapai oleh Alaves ke atas Athletic Bilbao dalam aksi LaLiga.
Pertemuan di San Mames ini menjadi tumpuan ramai peminat LaLiga di Sepanyol dan Malaysia khususnya untuk menonton aksi Facundo Garces yang kembali ke sesi latihan lebih awal.
Minggu lalu, Garces terlepas perlawanan penting menentang Palestin bersama skuad kebangsaan oleh kerana bek tengah ini mahu membuat persiapan awal bagi hadapi aksi LaLiga ini.
Persiapan awal ini tampaknya membuahkan hasil positif buat Alaves dan Garces sendiri apabila El Glorioso berjaya meraih kemenangan 1-0 mengatasi Athletic Bilbao pada awal pagi Ahad.
Khidmat Garces sekali lagi menjadi taruhan pengurus Alaves, Eduardo Coudet bagi digandingkan bersama Nahuel Tenaglia untuk menyekat asakan Athletic Bilbao di benteng belakang.
Gol sendiri daripada pemain Athletic Bilbao, Alex Berenguer di minit ke 57 memberikan 3 mata penting untuk Deportivo Alaves untuk kemenangan kedua kelab itu di pentas LaLiga.Manakala, Facundo Garces tampak begitu kebal bersama rakan di benteng pertahanan dan menerima penilaian 6.8 oleh laman Sofascore untuk aksi cemerlang sepanjang 90 minit ini.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: