POLYCC BATTLE SHOWDOWN 2025 : ELIMINATION PART 2
Автор: Politeknik Sultan Azlan Shah
Загружено: 2025-04-12
Просмотров: 7968
Описание:
POLYCC BATTLE SHOWDOWN 2025 merupakan satu inisiatif strategik yang dianjurkan oleh Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan dikelolakan oleh Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dalam usaha memperkasa potensi pelajar melalui medium seni muzik. Program ini memfokuskan pertandingan muzik secara berkumpulan yang menekankan aspek kreativiti, inovasi, dan kerjasama dalam kalangan peserta, selaras dengan aspirasi Dasar Industri Kreatif Negara dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Bertemakan "Rhythm of Revolution", pertandingan ini dirangka untuk membina ruang ekspresi yang dinamik bagi pelajar menampilkan karya muzik yang mencerminkan semangat perubahan, kebitaraan bakat, serta penerapan elemen budaya tempatan. Gabungan genre muzik moden dan tradisional turut menjadi asas kepada pembentukan identiti persembahan yang progresif dan berdaya saing. Program ini telah dibahagikan kepada tiga segmen iaitu ELIMINATION, 3 MINUTES STRIKE CHALLENGE dan GRAND FINAL.
Segment 1: ELIMINATION
Sebanyak 24 kumpulan akan bertanding dalam segmen Elimination. Kumpulan akan dibahagikan kepada dua kumpulan utama melalui sesi taklimat dan cabutan undi. Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan dua buah lagu dalam masa tidak melebihi 10 minit. Persembahan perlu berdasarkan tema Rhythm of Revolution (Malar Segar). Pertandingan akan berlangsung dalam dua bahagian iaitu Elimination Part 1 dan Elimination Part 2.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: