Bapa Ahnsahnghong ialah Tuhan, Kristus Yang Datang Kali Kedua 1 | Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan
Автор: World Mission Society Church of God / Global
Загружено: 2021-07-30
Просмотров: 1613
Описание:
Dia Yang Memberikan Buah Pokok Kehidupan (Paskah) di Taman Eden Kepada Kita ialah Tuhan
Tuhan menempatkan Pokok Pengetahuan Tentang Yang Baik Dan Yang Jahat serta Pokok Kehidupan di Taman Eden. Kedua-dua pokok ini ialah perumpamaan dan Tuhan menciptakannya sebagai bayangan untuk mengajar manusia tentang Kerajaan Syurga.
Buah Pokok Kehidupan di Taman Eden, yang membolehkan kita memperoleh kehidupan kekal. Hanya Tuhanlah yang dapat memberikan buah ini, iaitu Paskah Perjanjian Baru, tetapi Yesus memberikannya kepada kita 2,000 tahun dahulu, dan pada zaman ini, Kristus Ahnsahnghong memberikannya kepada kita. Oleh itu, Kristus Ahnsahnghong ialah Tuhan.
Mengapa Gereja Tuhan Mempercayai Ahnsahnghong sebagai Tuhan?
Kristus sebenar akan muncul dengan dibuktikan oleh Alkitab dan para nabi. Sama seperti ahli-ahli Gereja Awal membuktikan bahawa Yesus ialah Kristus ke mana sahaja mereka pergi, pada zaman ini juga, kita harus membuktikan Kristus Ahnsahnghong yang telah membawa Paskah Perjanjian Baru.
Yohanes 6:54-57
“Barangsiapa makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia mempunyai hidup yang kekal dan Aku akan membangkitkan dia pada akhir zaman. Sebab daging-Ku adalah benar-benar makanan dan darah-Ku adalah benar-benar minuman . . . barangsiapa yang memakan Aku, akan hidup oleh Aku.”
Lukas 22:14-15
Ketika tiba saatnya, Yesus duduk makan bersama-sama dengan rasul-rasul-Nya. Kata-Nya kepada mereka: “Aku sangat rindu makan Paskah ini bersama-sama dengan kamu, sebelum Aku menderita.”
[Semua hak cipta di dalam karya ini terpelihara oleh Gereja Tuhan Misi Masyarakat Dunia.Sebarang cetakan dan pengedaran adalah dilarang.]
〖World Mission Society Church of God〗https://watv.org
〖WATV Media Cast〗 https://watvmedia.org/ms
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: