ycliper

Популярное

Музыка Кино и Анимация Автомобили Животные Спорт Путешествия Игры Юмор

Интересные видео

2025 Сериалы Трейлеры Новости Как сделать Видеоуроки Diy своими руками

Топ запросов

смотреть а4 schoolboy runaway турецкий сериал смотреть мультфильмы эдисон
Скачать

Jawatan Menteri & Timb. Menteri Itu Sebenarnya Jerat

Автор: Mohd Rafizi bin Ramli

Загружено: 2025-12-17

Просмотров: 68937

Описание: Tahniah kepada semua yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dalam rombakan Jemaah Menteri minggu ini, terutamanya kepada Ahli Parlimen Johor Baharu, Saudara Akmal Nasir dan Ahli Parlimen Ledang, Tuan Syed Ibrahim.

Yang minta saya ulas mengenai rombakan kali ini, jangan lupa tonton podcast YBM Jumaat ini, 19 Disember jam 9 malam.

Saya simpan komen saya untuk podcast.

Semua orang tahu Saudara Akmal dan Tuan Syed Ibrahim adalah kawan rapat saya, sebelum politik pun.

Akmal adalah junior saya di sekolah, walaupun kami tidak pernah jumpa.

Tahun 2009, semasa itu saya adalah CEO di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan Akmal baru habis belajar dari US dalam ijazah ekonomi dan sains aktuari.

Dia email saya untuk diambil bekerja kerana minatnya dalam bidang politik. Semasa di US, dia pernah menjadi sukarelawan dalam kempen Presiden Obama.

Dua kali dia tulis email hantar CV, dua kali saya tolak.

Bukan sebab CV dia tak bagus, saya tak mahu dia sia-siakan ijazahnya yang baik. Saya nasihatkan dia mula kerjaya sebagai aktuari, buat duit banyak-banyak, timba pengalaman korporat, kemudian sepuluh tahun cari saya balik.

Sebab saya tahu Akmal ingat Malaysia ni macam US.

Graduan yang bagus boleh habiskan beberapa tahun menjadi penyelidik atau pegawai di pejabat politik, kemudian bertukar ke kerjaya korporat.

Masa itu, di Malaysia, kalau dah ada rekod kerja dengan pembangkang, tak de GLC atau MNC nak ambil bekerja.

Tapi Akmal keras kepala, lebih kurang macam saya keras kepala.

Dia hantar CV buat kali ketiga.

I always reward persistence. Bila ada seseorang yang gigih mencuba berkali-kali, maknanya orang itu mungkin akan berjaya.

Maka Akmal jadi pegawai saya bermula tahun 2009. Sejak dari itu, Akmal jadi tanggungjawab saya.

Bila saya meletakkan jawatan sebagai CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor untuk menubuhkan Pusat Pemberi Maklumat Nasional (NOW) dalam tahun 2012, Akmal ikut sekali.

Masa Akmal dengan saya di NOW, saya perasan dia ada bakat terpendam, iaitu kebolehan menyamar.

Bila kami selidik sesuatu aduan rasuah atau penyelewengan, kami kena siasat untuk sahkan terlebih dahulu.

Masa itu mudah sebab orang tak kenal saya atau Akmal. Dialah yang selalu jadi mangsa berlakon untuk menyamar dan mengesahkan bukti.

Akmal pernah menyamar sebagai rakan kongsi perniagaan lembu dengan saya semasa kami membongkar skandal NFC.

Dia juga pernah menyamar sebagai ejen hartanah nak sahkan keluarga menteri duduk di sebuah rumah milik seorang yang dituduh kes rasuah.

Ketika itu juga, Akmal selalu ikut saya berceramah. Dia pemandu tidak berbayar.

Tanpa pengetahuan saya, dia berulang-alik ke JB untuk menghidupkan PKR JB sejak awal 2014. Masa itu, orang JB tak pandang PKR dan JB tidak pernah dimenangi pembangkang.

Tahun 2014, Akmal jadi antara Ketua Cabang PKR termuda dan saya adalah Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR.

Dari situlah saya terpaksa terima hakikat yang Akmal nak buat kerja gila merebut Parlimen JB dari UMNO. Saya cakap itu kerja gila, tapi dia berkeras.

Kempen trak INVOKE bermula dalam bulan September 2016 di JB, sebelum menjelajah ke seluruh negara.

Masa berkempen di JB, Akmal masih pakai kereta Kelisa berbelas tahun yang dia beli tunai bila balik dari US. Saya cakap kat dia macam mana nak menang pergi kempen pakai Kelisa.

Jadi kereta pertama yang dia beli di Malaysia adalah atas nama saya. Lepas jadi timbalan menteri baru dia jual kereta itu.

Saya dapat tahu mengenai ura-ura pelantikan Akmal menjadi Menteri Ekonomi lebih awal, seminggu sebelum diumumkan.

Akmal tanya pandangan saya.

Saya ingatkan beberapa perkara sahaja.

1) Jawatan dan pangkat ini sementara

2) Kalau kita ambil sesuatu kerja, buatlah sehabis baik

3) Pujian dan makian orang tidak bantu kita di akhirat, hanya kerja yang ikhlas dan baik yang boleh jadi pahala.

Sebab jawatan Menteri dan Timbalan Menteri itu adalah satu jerat.

Kalau kita culas, tidak amanah, kita yang dijerat.

Kalau kita rajin, ikhlas, kerja kita ada kesan, maka ia menjadi jerat yang baik untuk mendapat pahala.

Kisah pasal Ahli Parlimen Ledang, Tuan Syed Ibrahim, nanti saya cerita dalam episod seterusnya.

Не удается загрузить Youtube-плеер. Проверьте блокировку Youtube в вашей сети.
Повторяем попытку...
Jawatan Menteri & Timb. Menteri Itu Sebenarnya Jerat

Поделиться в:

Доступные форматы для скачивания:

Скачать видео

  • Информация по загрузке:

Скачать аудио

Похожие видео

2026 Tahun Reformasi? Akar Umbi UMNO Bersuara, ATM Di Serang | YBM #30

2026 Tahun Reformasi? Akar Umbi UMNO Bersuara, ATM Di Serang | YBM #30

[[LIVE]]11.1.26 BEREBUT PENGERUSI PN. KENAPA? AKMAL LETAK JAWATAN. ANTI RASUAH ANWAR LAWAK?

[[LIVE]]11.1.26 BEREBUT PENGERUSI PN. KENAPA? AKMAL LETAK JAWATAN. ANTI RASUAH ANWAR LAWAK?

PAS PANGGIL MESYUARAT TERGEMPAR PN - ISYARAT DOMINASI KUASA? BUKTI RUNDINGAN DAMAI GAGAL?

PAS PANGGIL MESYUARAT TERGEMPAR PN - ISYARAT DOMINASI KUASA? BUKTI RUNDINGAN DAMAI GAGAL?

Bila Kes Besar Selesai Begitu, Semua Pengumuman Jadi Kosong

Bila Kes Besar Selesai Begitu, Semua Pengumuman Jadi Kosong

UMNO Maksimum 40%: Ini Matematik Pengundi Melayu Selepas 2008

UMNO Maksimum 40%: Ini Matematik Pengundi Melayu Selepas 2008

Feeling is Prayer, Ajaran Sesat Yang Pernah Dianuti Timbalan Menteri Agama? Dia Sudah Bertaubatkah?!

Feeling is Prayer, Ajaran Sesat Yang Pernah Dianuti Timbalan Menteri Agama? Dia Sudah Bertaubatkah?!

Ganti Muhyiddin? PN Hilang Undi Melayu - PAS Gali Lubang Sendiri

Ganti Muhyiddin? PN Hilang Undi Melayu - PAS Gali Lubang Sendiri

Hari Tu Pasal Akmal, Hari Ni Syed Ibrahim

Hari Tu Pasal Akmal, Hari Ni Syed Ibrahim

Ep 61 |  ⁠Rombakan Kabinet; puas hati atau sakit hati?

Ep 61 | ⁠Rombakan Kabinet; puas hati atau sakit hati?

Akmal Nasir sengaja mahu dijerat, Rafizi nasihat Akmal Nasir supaya berhati hati ya...

Akmal Nasir sengaja mahu dijerat, Rafizi nasihat Akmal Nasir supaya berhati hati ya...

Перестановки в правительстве выводят Анвара на позицию лидера, поддерживающего малайцев | с участ...

Перестановки в правительстве выводят Анвара на позицию лидера, поддерживающего малайцев | с участ...

KEADAAN TERKINI TUN MAHATHIR : TAK SANGKA INI BERLAKU TERUKNYA

KEADAAN TERKINI TUN MAHATHIR : TAK SANGKA INI BERLAKU TERUKNYA

8 Kontraktor Wanita isu tender ATM ditahan reman SPRM, adakah hubungan kait gadis yeye  dlm isu ini?

8 Kontraktor Wanita isu tender ATM ditahan reman SPRM, adakah hubungan kait gadis yeye dlm isu ini?

PANAS! ABIM AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG ATAS FITNAH PAPAGOMO TERHADAP ABIM!

PANAS! ABIM AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG ATAS FITNAH PAPAGOMO TERHADAP ABIM!

Kritik, Seni & Undang-Undang | Zainal Rashid Ahmad

Kritik, Seni & Undang-Undang | Zainal Rashid Ahmad

“Badut Wajib Parlimen, Krisis Mental” OurNextGuest #2/3 : Khairy Jamaluddin

“Badut Wajib Parlimen, Krisis Mental” OurNextGuest #2/3 : Khairy Jamaluddin

Rafizi Ramli beri respons terhadap soalan jika Anwar Ibrahim kalah di Tambun dalam PRU16

Rafizi Ramli beri respons terhadap soalan jika Anwar Ibrahim kalah di Tambun dalam PRU16

Menteri Pendidikan Bukan Influencer: Kerja Dia 200%

Menteri Pendidikan Bukan Influencer: Kerja Dia 200%

Mengapa Tetiba Farhash Letak Jawatan Dan Jual Semua Saham MMAG? Adakah PMX Mampu Menang PRU?

Mengapa Tetiba Farhash Letak Jawatan Dan Jual Semua Saham MMAG? Adakah PMX Mampu Menang PRU?

"Anwar ialah PENGKHIANAT dan PENDERHAKA kepada negara!" Sidang media bersama Tun Dr Mahathir

© 2025 ycliper. Все права защищены.



  • Контакты
  • О нас
  • Политика конфиденциальности



Контакты для правообладателей: [email protected]